Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Seksyen

9

Tajuk

Kesalahan Berhubung Dengan Penggunaan Perkataan­-Perkataan Dan Per­bahasan Tertentu Yang Ber­sumber Islam.
9

Seseorang· adalab melakukan kesalahan jika dia—

(a) dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan; atau

(b) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam; atau

(c) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang                  ditujukan kepada mana-mana perhimpunan                  orang; atau

(d) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat dia tahu, atau munasabahnya patut tahu ianya akan diterbitkan atau disiarkan,

menggunakan mana-mana   perkataan   yang disenaraikan dalam Bahagian I kepada Jadual, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu . fakta, kepercayaan, idea,  konsep,   perbuatan,   aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu ugama bukan Islam.

9 [2]

Seseorang yang tidak berugama Islam adalah melakukan kesalahan jika dia, dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen kecil {l), menggunakan mana-mana perbahasaan yang disenaraikan dalam Bahagian II kepada Jadual, kecuali sebagai petikan atau rujukan.

9 [3]

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyenkecil (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit.

9 [4]

Raja dalam Mesyuarat boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.