Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran.
2 [1]

Dalam .Enakmen ini—

“Negeri” Negeri Selangor;

“Orang belum dewasa” ertinya seseorang  yang di bawah umur lapan belas tahun;

“PegaiY.ai bertauliah” ertinya pegawai awam yang bertauliah di .bawah Seksyen O supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai bertauliah di bawah Enakmen ini;

“terbitan” ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah, bahan rakaman bunyi, filem wayang gambar dan apa-apa bahan lain untuk dibaca, dilihat atau didengar walau bagai ana cara pun dihasilkan;

“ugama bukan Islam” ertinya ugama Kristjan, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi atau apa-apa variasi, versi, bentuk atau.cabang mana-mana ugama tersebut dan termasuklah apa-apa pegangan, ideoloji, Jalsafah, atau apa-apa· kumpulan atau sistem amalan atau penuna1an- ·

(a) yang manasafah satu daripada sifat-sifatnya ( ialah penyembahan sesuatu wujudan atau kuasa spiritual atau sakti sama ada benar- benar ada atau disangka ada; atau

(b) yang mengakui bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian kebijaksanaan spiritual atau kewujudan spiritual,

iaitu suatu pegangan, ideoloji, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui oleh ugama Islam sebagai berunsur Islam.·

2 [2]

Bagi maksud  Enakmen ini, sesuatu terbitan hendaklah dianggap sebagai terbitan mengenai ugama bukan Islam jika ia dianggap oleh penganut atau–

anggota ugama itu sebagai suatu buku suci atau buku asas atau salah sa u daripada teks-teks penting ugama itu (selepas ini dirujuk sebagai Hbuku – asas ugama”) atau jika pada intipatinya ia adalah suatu terbitan yang-

(a) mengandungi apa-apa kutipan, sedutan, petikart atau salinan sama ada sebahagian atau sepenuhnya daripada buku asas ugama;

(b) memperkatakan sejarah, prinsip, ajaran, sifat, asas, penunaian, upacara, amalresam, kebaikan, dogma, perintah atau organisasi ugama itu;

(c) memperkatakan sesuatu wujudan, kuasa, orang atau benda yang disembah atau disanjung oleh penganut atau anggota ugama itu;

(d) mengandungi cerita, kisah, legenda, dongeng ibarat atau anekdot yang berasaskan, berasal dari atau menjadi asas ugama itu;

(e) bertujuan untuk  memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang supaya menjadi penganut atau anggota ugama itu atau mempelajari atau mencari _ pengetahuan berkenaan dengan ugama itu; atau

(f) bertujuan untuk membawa orang kepada apa­ apa pengetahuan atau sumber pengetahuan mengenai apa-apa perkara yang tersebut di atas.

2 [3]

Walaupun sesuatu terbitan itu adalah terbitan mengenai ugama bukan Islam dengan sebab , ia termasuk di bawah seksyen kecil (2), ia tidaklah menjadi perkara sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini jika terbitan itu pada keseluruhannya adalah untuk kepentingan umat Islam atau ugama Islam.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.