Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 1972

Bahagian

II

Seksyen

7

Tajuk

Koram.
7 [1]

Koram bagi Perbadanan ialah-

(a) lima, jika Perbadanan mempunyai sembilan orang         ahli;

(b) enam, jika Perbadanan mempunyai lebeh daripada         sembilan orang ahli.

7 [2]

Dalam semua meshuarat Perbadanan, Pengerusi atau jika ia tidak hadir, saorang ahli sabagaimana yang dipileh oleh ahli-ahli yang hadir, hendaklah mempengerusikan meshuarat itu.

7 [3]

Jika atas apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Perbadanan, bilangan undi sama banyaknya maka Pengerusi adalah berhak memberi undi pemutus salain dari undi asalnya; tetapi berhubong dengan sasuatu pengundian, Pengurus Besar tidak mempunyai undi.

7 [4]

Tertaklok kepada perenggan-kechil (1), (2) dan (3) Perbadanan hendaklah menetapkan acharanya sendiri.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.