Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 1972

Bahagian

II

Seksyen

13

Tajuk

Kuasa-Kuasa Am.
13

Perbadanan adalah diberi kuasa melakukan semua perkara yang menasabah perlu bagi atau bersampingan dengan menjalankan tugas-tugasnya dan khususnya-

(a) bagi mengadakan chara kemudahan untok                   pengeluaran dan pemasaran keluaran pertanian;

(b) bagi menjalankan segala aktiviti (sama ada                   dengan sendiri atau dengan badan-badan atau             orang-orang lain) yang pada pendapat                           Perbadanan perlu, berfaedah dan sesuai bagi               atau berkaitan denagn menjalankan kewajipan-           kewajipannya yang tersebut diatas;

(c) bagi mendirikan rumah-rumah, pejabat-pejabat        dan lain-lain bangunan bagi maksud-maksud              Perbadanan;

(d) bagi membeli, bertukar, membahagi-                             membahagi, menyimpan, memproses,                           memindah-milek dan menjual semua keluar                 pertanian dan keluaran sampingannya,                         termasok padi;

(e) bagi membeli, menyimpan, membahagi-                       membahagi, membekal dan menjual beneh-                 beneh dan baja-baja;

(f) menjalan atau menyebab dijalankan pengajian            kemungkinan ekonomi mengenai pertanian;

(g) pada amnya melakukan semua apa-apa perkara         dan benda yang perlu atau bersampingan                     dengan atau berbangkit dari menjalankan                     kuasa-kuasanya atau menunaikan tugas-                       tugasnya dibawah Enakmen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.