Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 1972

Bahagian

II

Seksyen

3

Tajuk

Penubohan Perbadanan
3 [1]

Maka adalah dengan ini ditubohkan suatu pertubohan perbadanan bernama “Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor” (kemudian daripada ini disebut “Perbadanan”) yang kekal turun temurun dan mempunyai satu materi dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya , tertaklok kepada Enakmen ini boleh membuat kontrek dan mempunyai kuasa bagi memperolehi dan memegang harta aleh atau harta takaleh dan bagi melepaskannya atau dengan sachara lain membuat apa-apa uruan mengenainya.

3 [2]

Perbadanan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli berikut-

(a) Saorang Pengerusi yang dilantek oleh Raja                    dalam Majlis Meshuarat;

(b) Timbalan Pengerusi yang dilantek oleh Raja                 dalam Majlis;

(c) Pegawai Kewangan Negeri;

(d) Pegawai Kemajuan Negeri;

(e) Tidak kurang daripada lima dan tidak lebeh                   daripada sembilan orang yang dilantek oleh                   Menteri Besar iaitu orang-orang yang                             berpengalaman dan telah menunjokkan                         kebolehan dalam perkara-perkara berhubong               dengan pengeluarkan pertanian, pemasaran,                 kewangan atau pentadbrian.

3 [3]

Saorang pengerusi atau ahli sementara boleh dilantek dalam masa Pengerusi atau ahli tidak berupaya buat sementara (sama ada oleh kerana sakit atau tidak ada didalam Persekutuan), dan Pengerusi atau ahli sementara itu hendak dilantenk dengan chara sarupa saperti Pengerusi itu atau ahli itu, mengikut mana yang berkenaan, dilantek dibawah sekshen ini.

3 [4]

Sasaorang ahli Perbadanan, kechuali orang-orang yang tersebut dalam perenggan (b) hingga (d) sekshen kechil (2) hendaklah melainkan jika ianya meletakkan jawatannya atau perlatekannya dibatalkan terlebeh dahulu, memegang jawatan bagi tempoh sabagaimana yang dinyatakan didalam surat perlatekannya, dan adalah layak dilantek samula.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.