Enakmen Industri Berasas Kayu 1985

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

20

Tajuk

Kuasa-kuasa lain seseorang pegawai hutan.
20 [1]

Bagi maksud melaksanakan peruntukan- peruntukan Enakmen ini, sGseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan mempunyai kuasa—

  • memasuki, memeriksa dan menyelidiki pada bila-bila yang munasabah, mana-mana loji, kilang, bangunan,   binaan,   establismen, tempat atau premis yang dikehendaki dilesen di bawah Enakmen ini;
  • menghendaki seseorang yang menjadi pemunya, atau yang mengendalikan, atau yang bertanggungjawab atas mana-mana industri berasas kayu memberinya maklumat yang dianggapnya perlu atau mengemukakan apa-apa rekod atau dokumen yang disimpan menurut Enakmen ini atau mengenai industri berasas kayu itu, dan memeriksa, meneliti dan membuat salinan mana-mana rekod atau dokumen itu;
  • menghendaki sesiapa yang ditemuinya dalam sesuatu loji, kilang, bangunan, binaan, establismen, tempat atau premis di mana suatu industri berasas kayu dijalankan memberinya maklumat yang difikirkannya perlu bagi menentukan identiti pemunya, pengendali atau orang yang bertanggungjawab atas industri tersebut;
  • menjadikan apa-apa jentera yang digunakan dalam mana-mana industri berasas kayu yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan Enakmen ini tidak dapat dikendalikan dengan mengelaknya atau dengan apa-apa cara lain; dan
  • menghendaki mana-mana pemegang lesen atau pemunya mana-mana industri berasas kayu merobohkan apa-apa bangunan, binaan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memindahkan apa-apa jentera yang disimpan atau digunakan di dalamnya, yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
20 [2]

Pemunya, pemegang lesen, atau mana-mana orang yang mengendalikan atau yang bertanggungjawab atas mana-mana industri berasas kayu hendaklah memberikan bantuan sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai hutan dalam menjalankan kuasa-kuasanya di bawah seksyen

20 [3]

Mana-mana orang yang—

  • dengan sengaja melengahkan, menggendala- kan atau menghalang seseorang pegawai hutan dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini;
  • enggan memberikan bantuan sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai itu dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini; atau
  • tanpa alasan yang munasabah, tidak atau enggan mengemukakan apa-apa rekod atau dokumen yang dikehendaki oleh pegawai itu dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini atau yang, semasa mengemukakan apa-apa maklumat, rekod atau dokumen yang dikehendaki, dengan disedarinya atau dengan melulu membuat apa- apa pernyataan yang palsu dalam sesuatu butir material atau yang dengan disedarinya mengemukakan apa-apa rekod atau dokumen yang palsu dalam sesuatu butir material,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya denda dan penjara itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.