Enakmen Industri Berasas Kayu 1985

Bahagian

IV - PELBAGAI

Seksyen

28

Tajuk

Kuasa membuat Kaedah- kaedah.
28

Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah- kaedah yang didapatinya perlu atau bermanfaat bagi menjalankan peruntukan-peruntukan Enakmen  ini, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan seksyen ini, kaedah-kaedah sedemikian boleh—

  • menetapkan cara memohon sesuatu lesen di bawah Enakmen ini, borang atau borang- borang yang hendak digunakan, butir-butir yang perlu diberikan oleh seseorang pemohon, fee-fee, caj-caj, atau bayaran-bayaran berkala yang kena dibayar dan syarat-syarat atau sekatan-sekatan yang akan dikenakan atau lesen itu;
  • menetapkan standard-standard dan cara-cara mengering, mengawet, menyimpan, memberkas dan membungkus kayu;
  • menetapkan standard-standard minimum bagi penyenggaraan dan pengendalian apa-apa jentera yang digunakan oleh mana-mana industri berasas kayu
  • menetapkan kaedah-kaedah pembuangan sisa-sisa, cecair keluar dan benda atau bahan industri lain yang terbit daripada atau berhubungan dengan industri berasas kayu;
  • menetapkan standard-standard dan spesifikasi-spesifikasi minimum bagi bangunan-bangunan, alat jentera dan susunatur kilang bagi industri berasas kayu;
  • menetapkan standard-standard minimum bagi kebersihan dan keselamatan yang perlu dipelihara oleh industri berasas kayu;
  • menetapkan prosedur bagi menghentikan perjalanan dan bagi mengelak, mana-mana tempat, premis, bangunan, atau binaan di  mana industri berasas kayu sedang dijalankan, atau apa-apa jentera yang digunakan di dalam menjalankan industri tersebut dan  bentuk notis yang dikehendaki baginya;
  • membuat peruntukan bagi memberhentikan, memeriksa, menanda, menahan dan melaporkan apa-apa kayu ditukar bentuk yang dalam perjalanan;
  • membuat peruntukan bagi kesalahan- kesalahan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini dan supaya orang- orang yang didapati bersalah di atas kesalahan- kesalahan itu, apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit, atau kedua-duanya penjara dan denda itu;
  • menetapkan apa jua yang boleh atau yang dikehendaki  ditetapkan  di  bawah   Enakmen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.