Enakmen Bekalan Air (Syarikat Pengganti) 2001

Bahagian

2 (Perletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti)

Seksyen

4

Tajuk

Pemegangan Permulaan Kerajaan dalam Syarikat Pengganti.
4 [1]

Berbangkit daripada perletakhakan pada syarikat pengganti akan harta, hak dan liabiliti di bawah seksyen 3, syarikat pengganti itu hendaklah menerbitkan sekuriti- sekuriti syarikat pengganti itu sebagaimana yang diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan, selepas berunding dengan Menteri Besar, dari semasa ke semasa—

(a) kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan; atau
(b) kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti-sekuriti itu berikutan dengan pengumpukan permulaannya kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan.

4 [2]

Setiausaha Kerajaan tidak boleh memberi arahan di bawah subseksyen (1) pada masa apabila syarikat pengganti telah terhenti daripada dipunyai pada keseluruhannya oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan.

4 [3]

Sekuriti-sekuriti yang dikehendaki supaya diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau ditumpukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma mengenai pengumpukkan, sebagaimana yang diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan, selepas berunding dengan Menteri Besar.

4 [4]

Syer-syer yang diterbitkan menurut seksyen ini—

(a) hendaklah pada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan; dan

(b) hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud-maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayarkan oleh sebab pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.

4 [5]

Setiausaha Kerajaan boleh, selepas berunding  dengan Menteri Besar, melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak kepada sekuriti-sekuriti yang diumpukkan pada mulanya kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan menurut seksyen ini.

4 [6]

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperolehi menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.