Enakmen Bekalan Air (Syarikat Pengganti) 2001

Bahagian

2 (Perletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti)

Seksyen

3

Tajuk

Peruntukan- peruntukan perletakhakan.
3 [1]

Tertakluk kepada Enakmen ini, Menteri Besar boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan tarikh perletakhakan dan pada tarikh itu, segala harta, hak atau liabiliti Kerajaan Negeri berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air yang ditetapkan oleh Menteri Besar dalam perintah itu hendaklah menurut kuasa Enakmen ini, berpindah kepada dan terletakhak
pada syarikat pengganti tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.

3 [2]

Tiap-tiap harta yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti hendaklah terletakhak sedemikian pada syarikat pengganti itu bagi hakmilik, estet atau kepentingan serupa dan dengan pemegangan serupa sebagaimana harta itu telah terletakhak
atau dipegang sebelum sahaja tarikh perletakhakan.

3 [3]

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh perletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuat dikuasakan oleh syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau bagi Kerajaan Negeri memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu tentang perletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1).

3 [4]

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh perletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuat kuasakan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau bagi Kerajaan Negeri memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh perletakhakan di bawah subseksyen (1).

3 [5]

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Negeri yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan
selepas tarikh perletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti.

3 [6]

Dalam hal hak-hak dan liabiliti-liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletakhak pada syarikat pengganti, pada tarikh perletakhakan, syarikat pengganti itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak-hak dan liabiliti-liabiliti sedemikian dengan Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak
ketiga.

3 [7]

Jika menurut kuasa subseksyen (1), mana-mana harta berpindah kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti, peruntukan-peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara hendaklah, bagi maksud membuat pendaftaran bagi perletakhakan itu, terpakai bagi syarikat pengganti seolah-olah ia adalah suatu pihak berkuasa
awam.

3 [8]

Pada dan selepas tarikh perletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang  kepadanya Kerajaan Negeri adalah suatu pihak sebelum sahaja tarikh perletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Negeri, hendaklah mempunyai kesan seolah-olah syarikat pengganti itu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.