174) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan kilang-kilang haram yang telah berjaya di putihkan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor?
-
Nyatakan bilangan kilang-kilang yang masih belum dapat di laksanakan pemutihan kilang haram mengikut kawasan (PBT) dan daerah-daerah di Negeri Selangor ?
-
Apakah langkah-langkah kerajaan Negeri Selangor untuk mencegah daripada wujudnya Ôkilang-kilang haramÕ yang baru.
174) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah pelancong dalam dan dari luar negara yang telah melawat kawasan-kawasan pelancongan di Kuala Selangor pada tahun 2005, 2006 dan 2007 ?
-
Apakah program-program yang sedang dirancang atau dijalankan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam mahupun dari luar negara ?
174) STATUS PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membatalkannya?
174) PEMBINAAN SEMULA PASAR BANDAR LAMA PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan semula pasar bandar lama Petaling Jaya?
174) MEMARTABATKAN SUKAN BOLA SEPAK DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah perancangan kerajaan negeri untuk mencapai tujuan tersebut?
-
Apakah perancangan komitmen kerajaan untuk menyediakan kemudahan padang bola yang berkualiti?
174) DATUK BANDAR, YANG DIPERTUA & PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan sistem ÒKPIÓ bagi kesemua Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis dan Pegawai-Pegawai Daerah?
-
Adakah Rakyat Negeri Selangor berpuas hati dengan kerja-kerja serta tindakantindakan kesemua Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis dan Pegawai-Pegawai Daerah?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani Datuk Bandar, Yang DiPertua dan Pegawai Daerah yang masih degil serta tidak mahu bekerja keras?
174) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan negeri untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik pada harga yang mampu dibeli oleh kumpulan sasaran. Apakah sasaran bagi tahun 2012 dan adakah insentif untuk pemaju yang berminat untuk mencapai sasaran tersebut.
174) SKIM BANTUAN AM KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan susulan kerajaan terhadap teguran Ketua Audit Negara terhadap pembayaran skim bantuan am yang merupakan antara yang terendah di Malaysia memandangkan rizab kewangan kerajaan semakin kukuh?
-
Apakah garis panduan kemiskinan yang digunakan oleh JKM Selangor?
174) TAMAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap Taman Warisan Negeri Selangor yang terletak di Gombak?
174) GANGGUAN BEKALAN AIR PADA APRIL 2017
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah punca insiden paip bersaiz 2050mm pecah berdekatan ELC International School, Jln Sierramas Barat Sungai Buluh yang menyebabkan gangguan bekalan air di 318 kawasan di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam bermula 27 hingga 29 April 2017?
