174) PEMBINAAN GEREJA DI TANJONG KARANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kronologi pemilikan tapak dan cadangan pembinaan tersebut?
-
Apakah faktor-faktor yang mewajarkan pembinaan gereja di kawasan majoritinya penduduk Islam?
174) KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN DAN PANTAI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menjaga keselamatan kawasan pantai dan perairan negeri yang di dapati sebagai antara lokasi pendaratan warga asing secara haram?
-
Nyatakan jumlah kes pendaratan warga asing haram di pantai Selangor dari tahun 2017 - 2019 ?
175) BANTUAN KEPADA PELAJAR SELANGOR DI MESIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai pelajar Selangor di Mesir bawah tajaan kerajaan negeri Selangor dan kursus yang diikuti?
-
Apakah bantuan oleh kerajaan Selangor, yang diberi kepada mereka ketika keadaan bergolak di Mesir dan berapakah jumlah peruntukkan bagi membantu pelajar untuk menyambung semula pelajaran di Mesir?
175) BASMI KEMISKINAN MELALUI ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah umat Islam yang dikategorikan miskin di negeri Selangor ini berbanding negeri-negeri lain dan mengapakah agihan zakat masih tidak mampu membasmi kemiskinan di negeri ini?
-
Mengapakah masih terdapat laporan fakir miskin yang tidak menerima bantuan zakat di negeri ini dan apakah mekanisme sokongan ADUN atau JKKK masih diguna pakai?
-
Apakah bentuk-bentuk perbelanjaan wang zakat yang telah digunakan untuk selain kepada asnaf dan apakah usaha yang akan dilaksanakan bagi memperbaiki sistem pengagihan yang lebih cekap, telus dan adil?
175) CASH BAND (M) BERHAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Cash Band (M) Berhad merupakan anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. Nyatakan bidang dan projek di bawah syarikat ini?
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan syarikat sepanjang penubuhannya?
-
Sejauh manakah sumbangan syarikat kepada kumpulan?
175) TAPAK WARISAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tempat-tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan warisan bawah PADAT.
-
Apakah rancangan untuk tapak warisan yang telah diwartakan?
175) KERAJAAN WIFI PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai lokasi WIFI percuma diberikan oleh Kerajaan Selangor
-
Berapakah peruntukan telah digunakan untuk memberi perkhidmatan WIFI percuma di Selangor sejak tahun 2013?
175) LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan lawatan-lawatan ke luar negeri oleh Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tahun 2010-2013
-
Butirkan lawatan-lawatan ke luar negeri oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2010-2013
175) PENGUATKUASAAN RUMAH URUT HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak rumah urut haram yang di wujudkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tahun 2008 di Meru?
-
Sejauh mana pihak MPK, JAIS, Polis, Imigresen dan TNB bekerjasama dalam usaha membanteras kegiatan rumah urut haram ini di Meru dan apakah bentuk tindakan agensi-agensi tersebut?
175) PEMBANGUNAN DI DAERAH KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri di kawasan ini sejajar dengan pembangunan Lebuhraya Pantai Barat (WCE)?
