174) TANAH PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah status pewartaan tanah kerajaan seluas 1000 ekar bagi tujuan pertanian di kawasan Kg Kundang, Mukim Batu, Daerah Kuala Langat?
-
Siapakah yang menjadi "anchor" untuk mengurus dan mengusahakan tanah tersebut?
-
Apakah ianya dibuka tawaran kepada golongan belia tempatan untuk bertani?
174) BAHU-BAHU JALAN KAMPUNG RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Sedarkah Kerajaan Negeri terdapat banyak jalan-jalan kampung yang mana bahu jalannya rendah dan membahayakan pengguna?
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi bahaya yang dialami oleh pengguna-pengguna jalan berkenaan?
174) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor turut serta dalam kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 anjuran Kerajaan Persekutuan?
-
Sekiranya ada, berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk dibelanjakan bagi memastikan produk-produk pelancongan berkenaan berada di dalam keadaan yang terbaik?
-
Nyatakan lokasi-lokasi produk pelancongan yang telah disenaraikan dalam promosi berkenaan?
174) HUTANG SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN KERJAAN (GLC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang telah diberi pinjaman oleh Kerajaan Negeri Selangor dan nyatakan jumlah pinjaman tiap-tiap syarikat berkenaan.
-
Sila nyatakan jumlah hutang dan tunggakan hutang ditanggung oleh tiap-tiap syarikat berkenaan sehingga kini.
-
Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk memastikan hutang dan tunggakan tersebut dilunaskan ?
174) KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN DAN PANTAI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menjaga keselamatan kawasan pantai dan perairan negeri yang di dapati sebagai antara lokasi pendaratan warga asing secara haram?
-
Nyatakan jumlah kes pendaratan warga asing haram di pantai Selangor dari tahun 2017 - 2019 ?
174) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan kilang-kilang haram yang telah berjaya di putihkan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor?
-
Nyatakan bilangan kilang-kilang yang masih belum dapat di laksanakan pemutihan kilang haram mengikut kawasan (PBT) dan daerah-daerah di Negeri Selangor ?
-
Apakah langkah-langkah kerajaan Negeri Selangor untuk mencegah daripada wujudnya Ôkilang-kilang haramÕ yang baru.
174) STATUS PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membatalkannya?
174) PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan lokasi PPR yang bakal dibina oleh kerajaan Negeri mengikut Parlimen dan DUN?
-
Nyatakan jumlah unit PPR baru yang akan dibina dan PPR yang sedia ada tetapi masih belum berpenghuni?
174) PEMBINAAN SEMULA PASAR BANDAR LAMA PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan semula pasar bandar lama Petaling Jaya?
174) MEMARTABATKAN SUKAN BOLA SEPAK DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah perancangan kerajaan negeri untuk mencapai tujuan tersebut?
-
Apakah perancangan komitmen kerajaan untuk menyediakan kemudahan padang bola yang berkualiti?
