175) Pembangunan Daerah Sabak Bernam
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Mengapa saya sebagai ADUN Kawasan Sabak tidak lagi dilibatkan didalam jawatankuasa Pembangunan Daerah Sabak Bernam. Oleh itu saya ingin meminta penjelasan berhubung perincian pembangunan Daerah Sabak Bernam.
175) ANAK SYARIKAT NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri Selangor serta objektifnya.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membetulkan hala tuju anak syarikat yang telah tersasar dari objektif penubuhannya?
175) LEBUHRAYA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lebuhraya-lebuhraya baharu yang dicadangkan dan diluluskan pembinaannya di Selangor dari tahun 2010-2015?
-
Apakah faktor-faktor pertimbangan Kerajaan Negeri untuk meluluskan pembinaan lebuhraya ini?
175) HUTAN SIMPAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan hutan simpan kekal di Negeri Selangor mengikut daerah?
-
Apakah usaha dan inisiatif Kerajaan dalam menjaga ekosistem serta reservasi hutan simpan kekal?
-
Berapa bilangan kes pencerobohan hutan simpan kekal dan keluasan pencerobohan yang terlibat mengikut daerah?
175) PENUTUPAN KILANG-KILANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kilang yang telah ditutup dan kilang yang akan di tutup?
-
Berapakah jumlah pekerja yang akan kehilangan pekerjaan?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menghadapi situasi ini?
175) SISTEM TENDER TERENDAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Kaji semula sistem tender 'Harga Terendah' di Pihak Berkuasa Tempatan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan, kerana ia tidak menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan baik
175) KUARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kepesatan Pembangunan Perumahan di daerah Hulu Langat khusus nya di DUN Lembah Jaya amat membanggakan namun Kenapakah masih ada sebuah kuari ÒCEMEX RMC CONCRETE SDN BHDÓ masih dapat beroperasi di tengah pembangunan tersebut?
-
Apakah benar bahawa sebuah tanah gantian telah dianugerahkan oleh Kerajaan dahulu bagi menggantikan tanah yang sedia ada?
-
Kenapakah pencemaran bunyi, habuk dan lain-lain yang mendatangkan kemudaratan kepada penduduk-penduduk sekitar tidak di hiraukan oleh pihak berkuasa dengan membenarkan kuari tersebut terus beroperasi?
175) PENUBUHAN JAWATANKUASA AUDIT LUAR UNTUK SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pertubuhan Jawatankuasa Audit Luar untuk setiap kawasan pihak berkuasa tempatan menurut MMKN Ke 2/2015 bertarikh 14 Januari 2015?
175) TAPAK WARISAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tempat-tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan warisan bawah PADAT.
-
Apakah rancangan untuk tapak warisan yang telah diwartakan?
175) PANEL DIALISIS SIHAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci pusat dialisis swasta yang menyertai panel dialisis sihat Selangor.
-
Berapakah jumlah pesakit yang telah mendapatkan perkhidmatan ini mengikut pecahan kaum?
-
Nyatakan kekerapan rawatan dan kadar bayaran per-sesi bagi setiap pesakit yang menerima bantuan ini
