44) PROJEK TERBENGKALAI – UNTUK 278 KELUARGA OLEH ECL MANAGEMENT SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk mempercepatkan projek Lot HS(D) 110193 PT No. 35194 Jalan U5/138 Shah Alam?
44) PROGRAM TUISYEN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah bajet telah dibelanjakan dalam tuisyen rakyat dan berapakah pelajar telah menyertai program ini pada tahun 2009. Sila terperincikan setiap belanjawan mengikut kawasan masing-masing.
-
Di antara pelajar-pelajar yang menyertai program ini pada tahun 2009, apakah keputusan mereka?
-
Bagaimanakah orang ramai boleh tahu kejayaan program ini?
44) MASALAH PUSAT JUDI SECARA TERBUKA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai lengkap operasi bersepadu (PBT, PDRM dan PDT) untuk membanteras pusat judi mengikut DUN antara tempoh 2013 Ð 2017.
-
Sila kemukakan senarai lengkap permohonan pemotongan bekalan elektrik yang dilakukan oleh polis atau agensi lain akibat aktiviti judi antara tempoh 2013-2017.
-
Berapakah premis yang telah dipotong bekalan elektrik daripada jawapan (b)?
44) KONSESI LEBUHRAYA DAN HASIL NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Selangor adalah negeri di mana terdapat paling banyak lebuh raya bertol sama ada dalam negeri Selangor sendiri mahupun yang menuju ke arah utara, selatan dan pantai timur Semenanjung. Sila kemukakan senarai lebuhraya-lebuhraya bertol yang melalui negeri Selangor dan syarikat-syarikat serta nama-nama pengarah syarikat yang mendapat konsesi lebuhraya-lebuhraya tersebut?
-
Sila nyatakan apakah status tanah-tanah dalam kawasan negeri Selangor yang mana ianya menjadi kawasan laluan lebuhraya-lebuhraya konsesi tol tersebut?
-
Berapa banyakkah hasil negeri yang didapati daripada syarikat-syarikat konsesi tol di atas penggunaan tanah di kawasan negeri Selangor atau berapakah kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor akibat memberikan syarikat-syarikat konsesi ini menggunakan laluan di kawasan-kawasan tersebut?
44) RANGKA KERJA BANDAR RENDAH KARBON (LCCF)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan PBT yang berjaya mendapat pengiktirafan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) di Selangor.
-
Nyatakan kaedah-kaedah pengurangan karbon yang diwujudkan oleh PBT di Selangor dan keberkesanannya.
44) PEMILIHAN AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria pemilihan Ahli Majlis yang berwibawa?
-
Apakah langkah untuk memastikan Ahli Majlis tidak salah guna kuasa?
44) PENGGABUNGAN (ALMAGAMATION) TANAH PN 8623 LOT 49365 MUKIM PETALING DAN PM 130 LOT 37563 MUKIM DAMANSARA YANG DIPINDA SEMPADAN KE MUKIM BANDAR SUNWAY
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan berkenaan perkara di atas sejak permohonan pindaan atas kelulusan MMKN 20/2018 yang dikeluarkan pada 14.8.2018?
44) STATUS PROJEK PR1MA DI SUNGAI MERAB
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan Projek PR1MA di Sungai Merab yang diterima oleh pihak Kerajaan Negeri?
-
Apakah syarat-syarat kelulusan yang diberikan kepada pihak PR1MA?
-
Mengapakah pihak Kerajaan Negeri tidak mempermudahkan kelulusan projek perumahan untuk rakyat ini?
44) GERAKAN SYIAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan sejarah, perkembangan dan status semasa gerakan Syiah di Selangor?
-
Apakah fatwa negeri yang pernah dikeluarkan?
-
Sejauh manakah ajaran ini mengancam masyarakat?
44) STESEN KOMUTER DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kelulusan permohonan yang diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk mengutip bayaran parkir di Stesen Komuter Serendah dan Stesen Komuter Batang Kali secara terperinci.
-
Nyatakan tindakan MDHS terhadap KTMB yang tidak mematuhi syarat atau kadar yang ditetapkan seperti dalam kelulusan parkir berbayar swasta di Stesen Komuter Serendah dan Stesyen Komuter Batang Kali.
-
Nyatakan cukai taksiran semasa dan tunggakan stesen-stesen komuter di Hulu Selangor secara terperinci.
