44) KEMPEN TANPA BEG PLASTIK

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Meminta kerajaan menjelaskan bagaimana wang sebanyak 20 sen yang dibayar oleh para pengguna pada setiap hari Sabtu untuk membeli satu beg plastik digunakan untuk kerja-kerja amal. Sila senaraikan

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini berapa banyak syarikat yang telah mengambil bahagian dalam kempen ini dan berapa banyak wang yang dibayar oleh para pengguna untuk membeli beg plastik pada hari Sabtu?

    Klik jawapan »

44) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR KAWASAN MAJLlS PERBANDARAN KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang telah diberikan bagi tujuan projek infrastruktur bagi kawasan Majiis Perbandaran Klang tahun 2011.

  2. Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan.

44) INFRASTRUKTUR/PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Bandar Klang adalah Bandar DiRaja. Apakah peranan kerajaan untuk mengimejkan ÔBandar DiRajaÕ ini supaya dipandang tinggi di segi pemuliharaan, pembangunan dan infrastrukturnya agar tarafnya setanding dengan nama bandar ini yang mengandungi Istana Rasmi Sultan Selangor dan nilai-nilai sejarahnya yang tersendiri.

    Klik jawapan »

  2. Terdapat banyak papan tanda,sepanduk dan banner milik kerajaan negeri dan parti pakatan rakyat yang usang dan terlebih masa, hampir di setiap simpang jalan bandaran dan kampung. Kenapakah PBT tidak peduli akan kecacatan ini. Adakah PBT juga memilih kasih dalam melaksanakan garis panduan, tugasan dan peranan mereka

    Klik jawapan »

  3. Dataran Shah Alam merupakan Pusat bandaraya Shah Alam. Adalah menjadi pemerhatian pengunjung di ibu negeri Selangor ini. Maka adalah disarankan aktiviti yang diadakan di Dataran ini mahupun di persekitarannya haruslah terbatas, mengikuti norma-norma masyarakat yang bertamadun dan seharusnya menghormati Masjid Shah Alam yang amat berdekatan dengan lokasi ini, terutamanya apabila waktu azan berkumandang, maka aktiviti yang bertentangan seharusnya tidak berlaku.

    Klik jawapan »

44) PROGRAM TUISYEN RAKYAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bajet telah dibelanjakan dalam tuisyen rakyat dan berapakah pelajar telah menyertai program ini pada tahun 2009. Sila terperincikan setiap belanjawan mengikut kawasan masing-masing.

    Klik jawapan »

  2. Di antara pelajar-pelajar yang menyertai program ini pada tahun 2009, apakah keputusan mereka?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah orang ramai boleh tahu kejayaan program ini?

    Klik jawapan »

44) PROGRAM MIMBAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peminjam skim ini bagi seluruh Selangor dan huraikan jumlah peminjam bagi setiap daerah.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah kerajaan bagi mendapatkan semula hutang dari mereka yang ingkar membayar semula pinjaman

    Klik jawapan »

44) ISU TALAM CORPORATION

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan oleh Talam Corporation di negeri Selangor

  2. Dari projek tersebut berapa projek yang telah berjaya mengikut jadual dang berapakah yang tidak dapat mengikut jadual

44) PEMILIHAN AHLI MAJLIS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kriteria pemilihan Ahli Majlis yang berwibawa?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah untuk memastikan Ahli Majlis tidak salah guna kuasa?

    Klik jawapan »

44) PERUNTUKAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA SWASTA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah agihan peruntukan pendidikan bagi sekolah-sekolah agama swasta diselaraskan dan berdasarkan apa?

    Klik jawapan »

44) Pelan Induk Pengangkutan Awam Selangor

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah status perlaksanaan pelan induk pengangkutan awam Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pelan ini akan diperbaharui dengan perkembangan pengangkutan awam dan rancangan gunatanah terkini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri telah meminta bantuan Bank Pembangunan Antarabangsa seperti Asian Development Bank untuk tujuan ini

    Klik jawapan »

44) PROJEK MARRIS YANG AKAN DILAKSANAKAN UNTUK TAHUN 2021 DUN KOTA DAMANSARA (N39)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis


  1. Kawasan MBSA (U3,U4,U5,U6).

    Klik jawapan »

  2. Kawasan MBPJ (Zon 3, Zon 4).

    Klik jawapan »

  3. Senarai projek yang sedang dalam tahun 2020.

    Klik jawapan »