44) KAKITANGAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kakitangan Kerajaan Negeri Selangor mengikut pangkat, kaum dan umur secara terperinci?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menggalakkan pengambilan lebih kakitangan bukan Bumiputera untuk bekerja di sektor awam di Negeri Selangor?
44) ADUN DAN PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Kerjasama antara ADUN dan Pejabat Daerah yang mantap akan meningkatkan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat: Apakah garis panduan kerja yang telah disediakan oleh kerajaan bagi Pejabat Daerah dalam konteks kerjasama dengan ADUN?
-
Apakah garis panduan yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi membolehkan ADUN memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di DUN menepati bajet yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri?
-
Adakah panduan dari kerajaan kepada Pejabat Daerah bagi memberi ruang agar beberapa projek bagi manfaat rakyat didahulukan berdasarkan daripada syor dan cadangan daripada ADUN?
44) SEKOLAH TAHFIZ BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Sekolah Tahfiz yang didaftarkan di bawah JAIS sejak PR Memerintah dan apakah langkah untuk memperkasakan sekolah tahfiz berkenaan
44) PROJEK LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri bersetuju dengan projek ini?
-
Apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri terhadap projek tersebut?
-
Berapakah anggaran kos pembiayaan seluruh projek tersebut?
44) REVOLUSI HIJAU JOHAN SETIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk pewartaan Tanah Revolusi Hijau yang telah menjadi tempat pembakaran terbuka, pembuangan sampah haram, stor barangan, kilang haram, depoh kenderaan berat dan lain-lain?
44) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah fungsi dan objektif penubuhan MBI dan bagaimanakah strukturnya dalam pentadbiran negeri?
-
Apakah projek atau program yang dibiayai atau dikendalikan oleh MBI?
-
Berapa kakitangan yang bernaung dan dibiayai oleh MBI serta kosnya?
44) TABUNG PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI (TEPAT) SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah yang diperuntukan kepada Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) bagi membantu memulihkan projek terbengkalai di Selangor secara teperinci.
-
Nyatakan projek yang telah dan akan dipulihkan dibawah TEPAT Selangor secara terperinci.
44) PROGRAM TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci sehingga setakat ini, bagaimanakah sambutan rakyat Negeri Selangor terhadap Program Tawas tersebut ?
-
Sila berikan butiran terperinci mengenai jumlah pendaftaran ahli Tawas sehingga kini mengikut pecahan daerah ?
-
Terdapat banyak aduan tentang kelewatan memperoleh kad keahlian Tawas sehingga lebih dari setahun. Sila nyatakan apakah punca sebenar permasalahan tersebut dan cara-cara mengatasinya ?
44) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pengguna IPR 13 pada tahun 2016 mengikut PBT
-
Nyatakan secara terperinci pecahan perbelanjaan IPR 13 pada tahun 2016 mengikut PBT?
44) ASET MPS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah tanah komersial serta premis perniagaan dan komersial yang dimiliki oleh MPS dalam tahun 2006-2010.
-
Senaraikan projek usaha sama MPS bersama pemaju persendirian dengan menyatakan jenis projek, lokasi dan nama pemaju dalam tahun 2006-2010.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa tanah dan aset milik setiap PBT digunakan secara optimum bagi mendatangkan pulangan yang tinggi kepada PBT
