45) RANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAH SABAK BERNAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah pelan perancangan pembangunan yang bakal dilaksanakan di daerah Sabak Bernam bagi tempoh 5 tahun akan datang?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan dengan detail apakah usaha-usaha yang dirangka oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menarik lebih banyak pelabur asing dan domestik datang melabur ke daerah Sabak Bernam.

    Klik jawapan »

  3. Selain sektor pertanian dan perikanan, apakah sektor yang berpotensi untuk dimajukan di daerah Sabak Bernam?

    Klik jawapan »

45) PROJEK RUMAH SELANGORKU – PROJEK DAMAISURIA OLEH TTJAYA KOTA DAMANSARA

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan Kerajaan agar projek tersebut dapat diteruskan seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan terdahulu di Kota Damansara?

    Klik jawapan »

45) PERUNTUKAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah dan bentuk bantuan yang disalurkan kepada Negeri Selangor bagi tahun 2007-2015.

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik lebih banyak pelaburan?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan jumlah dan jenis peruntukan yang disalurkan oleh MIDA Selangor kepada Majlis Perbandaran Selayang bagi tahun 2013-2015

    Klik jawapan »

45) GERAN TANAH UNTUK PENDUDUK KAWASAN SETINGGAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Proses menyiasat,mengumpul data, kelulusan untuk tanah dan mengeluarkan geran mengambil masa yang agak lama di Pejabat Tanah Daerah. Pengukuran tanah dan cadangan untuk mendapatkan geran bagi beberapa kawasan di Daerah Kuala Selangor telah dibiayai oleh Bukit Melawati sejak setahun yang lalu. Kami berharap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan melaksanakan perkara ini pada tahun ke 4 pemerintahannya. Tolong berikan jangka masa bila perkara ini akan diselesaikan ? Ini akan memberikan dorongan kepada kami untuk meneruskan dan mengemukakan lebih banyak cadangan bagi kawasan-kawasan lain.

    Klik jawapan »

45) SUMBANGAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mempunyai suatu pendekatan yang lebih berkesan dalam menangani permohonan kepada ADUN untuk menyalurkan sumbangan penyelenggaraan infrastruktur sekolah di bawah Kementerian Pendidikan? Sumbangan melalui peruntukan ADUN adalah terhad berbanding penyelesaian melalui peruntukan yang diselaraskan oleh Kementerian atau ICU.

    Klik jawapan »

45) WIFI Ð KEMUDAHAN JALUR LEBAR SECARA PERCUMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan melancarkan WIFI percuma bagi kegunaan rakyat di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil setakat ini bagi tujuan pelancaran WIFI secara percuma bagi seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah anggaran kos yang terlibat bagi tempoh setahun yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyediakan kemudahan WIFI secara percuma tersebut?

    Klik jawapan »

45) BANTUAN KEPADA RUMAH BERIBADAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan senarai lengkap bantuan yang ditawarkan kepada masjid/ surau.

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan senarai lengkap bantuan yang ditawarkan kepada rumah beribadat bukan Islam.

    Klik jawapan »

45) SEKOLAH TAMIL DESA COALFIELDS

Tahun:

Sesi:

Isu: pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Pembangunan sekolah tersebut telah terhenti. sila huraikan masalah-masalah pembangunan

    Klik jawapan »

  2. Pihak mana sepatutnya bertanggungjawab untuk menyiapkan pembangunan sekolah.

    Klik jawapan »

45) PENURUNAN KADAR CUKAI PINTU FLAT KOS RENDAH NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan flat-flat kos rendah yang telah mendapat penurunan kadar cukai pintu sebanyak 25% mengikut pecahan PBT dan bilakah tarikh berkuat kuasa dasar ini?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah nilai dan pintu rumah yang mendapat manfaat di bawah penurunan kadar cukai pintu mengikut pecahan flat dan pecahan PBT.

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kekurangan ruang rekreasi dan sosial seperti dewan komuniti, perpustakaan dan sebagainya di kawasan Flat Kos Rendah dengan kepadatan penduduk yang tinggi?

    Klik jawapan »

45) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN EX-OFFICIO EXCO KERAJAAN NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapa gaji asas dan elaun atas nama jawatan yang disandang?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah tuntutan dalam dan luar negara atas nama jawatan yang disandang?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah elaun dan tuntutan daripada anak-anak syarikat atas nama ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat tersebut (jika ada)?

    Klik jawapan »