45) JAMINAN PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor memastikan bahawa pekerja ladang terbela di bawah peruntukan undang-undang sedia ada?
45) PENJUALAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah tanah milik kerajaan negeri Selangor yang telah dijual kepada anak-anak syarikat (GLC) daripada tahun 1999.
-
Berapakah harga tanah tersebut dijual kepada GLCs
45) PARIT KAMPUNG PINGGIRAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Apakah terdapat garis panduan bagi projek pembangunan perumahan dan perindustrian yang menyalurkan air longkang ke parit kampung?
-
Apakah tindakan pihak Kerajaan dalam menangani isu berterusan limpahan air di parit kampung akibat pembangunan bersebelahan yang tidak terkawal seperti yang berlaku di Kampung Jawa Klang?
45) KEBAJIKAN GOLONGAN WARGA USIA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Êmerancang untuk mewujudkan satu skim seperti KISS bagi membantu warga emas yang tiada sumber ekonomi yang stabil di usia itu?
-
Adakah Kerajaan Negeri Êbercadang untuk Êmewujudkan semula skim Jom Shopping khas warga emas seperti seperti dahulu?
45) ORANG ASLI MAH MERI DI PULAU CAREY
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bantuan dan peruntukan Kerajaan Negeri kepada Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey sejak 2008
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewartakan kawasan Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
c)Apakah ianya menambah penjimatan yang lebih baik dari pendekatan yang berdasarkan lowest?
45) SOSIAL DAN KEBAJIKAN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
Saya ingin merasakan ghairah bahawa manifesto Kerajaan untuk memberikan RM1,OOO.OO kepada anak Selangor yang memasuki IPTA dan IPTS. Adakah ini masih akan dikotai atau sewajar taktik tipu rakyat sedangkan keputusan SPTM telah diumumkan dan anak-anak ini kini dalam proses memasuki universiti. Berapakah permohonan telah diterima? Dan jumlah bayaran yang telah dibuat? Ataupun masih belum dilaksanakan
-
Bagaimana pula dengan bantuan RM75.00 untuk anak yang dihantar ke nurseri dan bantuan RM50.00 untuk merekayang menerima pendidikan pra-sekolah
-
Caruman takaful sebanyak RM2,500.00 untuk warga emas, OKU dan anak yatim. Bilakah ia akan mula diedarkan?
45) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah keputusan mahkamah terhadap 3 projek perumahan terbengkalai iaitu Projek Perumahan Taman Lembah Beringin, Projek Perumahan The Genting Valley dan Projek Pembinaan Penempatan Semula Setinggan Fasa 1 Rumah Pangsa Kos Rendah Sri Bunga Raya Shah Alam?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan Projek Pembesaran Kg Melayu Rasa yang terbengkalai dapat dibaikpulih dengan jayanya memandangkan PKNS telah mengambil alih projek tersebut hampir 2 tahun?
-
Status terkini pemulihan Projek Pembesaran Kampung Jawa (Taman Desa Beringin) termasuk laporan kajian PKNS dan MDHS mengenai projek ini
45) JUMLAH TANGKAPAN JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tangkapan khalwat yang dicatatkan sepanjang tahun 2011?
-
Berapakah jumlah pendakwaan yang dibawa ke mahkamah?
-
Apakah program yang dilaksanakan bagi mengawal masalah ini?
45) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR SIHAT (PEDULI SIHAT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan had siling bayaran rawatan bagi pengguna Kad Peduli Sihat?
-
Berapakah jumlah penerima Kad Peduli Sihat yang aktif tetapi tidak menggunakan kad tersebut mengikut DUN?
45) PERKHIDMATAN PEMBACA METER AIR SELANGOR DAN DISKAUN BIL AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Memohon penjelasan pihak Air Selangor kenapa tidak membuat bacaan meter air semasa PKP?
-
Adakah pihak Air Selangor mahu menyelaraskan semula bil air dan memberi diskaun bil air bagi meringankan beban rakyat semasa PKP.
