44) PERUNTUKAN JALAN DUN SUNGAI KANDIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Namakan jalan-jalan di sekitar DUN Sungai Kandis yang telah mendapat kelulusan peruntukan PBT dan MARRIS untuk menaik taraf jalan-jalan kampung.
44) STATUS TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah status tanah kerajaan di Pekan Sepang ?
-
Berapakah keluasannya?
45) JALAN ALTERNATIF MENGHUBUNGKAN KAMPUNG BARU SUNGAI BULOH DAN SEKSYEN U5
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Bilakah jalan tersebut akan dibina memandangkan keperluan laluan lalulintas sangat mendesak oleh penduduk sekitar?
45) SEKOLAH TAMIL DESA COALFIELDS
Tahun:
Sesi:
Isu: pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pembangunan sekolah tersebut telah terhenti. sila huraikan masalah-masalah pembangunan
-
Pihak mana sepatutnya bertanggungjawab untuk menyiapkan pembangunan sekolah.
45) PRESTASI DAN PENGGUNAAN TALIAN SAHABAT OLEH WARGA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah keberkesanan, prestasi dan hasil pencapaian yang boleh disimpulkan oleh Kerajaan Negeri selepas kewujudan Talian Sahabat untuk kemudahan warga Selangor?
-
Sila berikan jumlah panggilan yang diterima mengikut susunan lapan kategori (perkhidmatan) utama yang di berikan oleh Talian Sahabat pada Tahun 2015 hingga bulan Jun, 2016 dengan menyatakan jantina, bangsa dan umur pemohon bantuan
-
Sila menyatakan jumlah perbelanjaan yang diguna pakai oleh Talian Sahabat dari segi pengurusan pentadbiran, gaji, elaun pekerja dan sebagainya untuk tahun 2015
45) PROGRAM “WORK FROM HOME” BAWAH JAWATANKUASA TETAP PEMBERDAYAAN WANITA DAN KELUARGA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah peserta-peserta projek perintis yang melibatkan penyertaan seramai 87 orang peserta dipilih untuk program Work From Home?
-
Apakah pencapaian utama yang berjaya dicapai oleh 87 orang peserta program perintis Work From Home selepas menyertai program ini?
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang bekerja sama dengan Kerajaan Negeri dalam program Work From Home dan apakah jenis ruang pemasaran yang disediakan oleh mereka?
45) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR SIHAT (PEDULI SIHAT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan had siling bayaran rawatan bagi pengguna Kad Peduli Sihat?
-
Berapakah jumlah penerima Kad Peduli Sihat yang aktif tetapi tidak menggunakan kad tersebut mengikut DUN?
45) SELANGOR ORKED FESYEN FESTIVAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos keseluruhan perbelanjaan kewangan bagi menjayakan Selangor Orked Fesyen Festival? Sila nyatakan perincian perbelanjaan
-
Apakah objektif dan siapakah kumpulan sasaran program ini?
-
Apakah kaitan dan manfaat kepada pemberdayaan wanita? Apakah ianya tercapai?
45) KESELAMATAN DAN USAHA BANTERAS JENAYAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendekatan terbaik dalam menyebarluaskan program CommunityPolicing/PKKPJ/Seroja serta langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor dalam menyediakan infrastruktur yang mampu mencegah jenayah?
-
Adakah peruntukan yang disediakan/digunakan bagi program PKKPJ benar2 memberi impak terhadap isu menjaga keselamatan?
-
Nyatakan Statistik kes-kes jenayah di seluruh negeri Selangor bagi setiap kawasan DNS bagi 2013-2015 (berdasarkan jenis jenayah, umur penjenayah terlibat, jumlah tangkapan, jumlah kes yang berjaya diselesaikan)
45) KOMPLEKS PASAR BESAR KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan penambahbaikan kompleks tersebut?
-
Apakah kerja-kerja dikeluarkan bagi baikpulih dan menaik taraf kemudahan bangunan?
-
Berapakah kos diperuntukkan?
