107) UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan UNISEL boleh bersaing dengan Universiti lain?
-
Nyatakan prestasi kewangan dan perbelanjaan UNISEL.
-
Nyatakan prestasi rekrut di UNISEL sejak tahun 2006.
107) MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butiran secara terperinci apakah bidang perniagaan yang diceburi oleh MAIS sejak 2008 sehingga kini ?
-
Sila nyatakan dengan detail mengenai jumlah keuntungan dan kerugian bagi setiap pelaburan dan perniagaan yang diceburi sejak tahun 2008 hingga kini ?
-
Sila senaraikan kesemua Ahli Lembaga Pengarah MAIS sejak tahun 2008 sehingga kini dan nyatakan apakah perancangan holistik yang bakal dilaksanakan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi umat Islam Negeri Selangor ?
107) PERBADANAN ADAT MELAYU & WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian PADAT dalam konservasi warisan seni bina bangunan bersejarah? Senaraikan nama bangunan-bangunan yang dikenal pasti seni bina sejarah
-
Apakah usaha-usaha proaktif yang dilaksanakan?
-
Berapakah peruntukan yang dikhususkan untuk tujuan ini?
107) ANAK SYARIKAT KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Huraikan sektor manakah yang memberikan pulangan paling banyak kepada pendapatan kerajaan negeri dan apakah perancangan masa depan bagi memastikan ia terus kekal relevan?
107) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE BHD (SSIC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga SSIC bagi tahun 2010
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga SSIC bagi tahun 2010?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga SSIC bagi tahun 2010?
107) PENDAPATAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak pendapatan dalam bentuk royalti yang dijana kerajaan Selangor daripada penjualan pasir bermula tahun 2006 hingga 2012?
-
Berapa banyak dividen yang telah dibayar oleh Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) setiap tahun sejak penubuhannya pada tahun 2008?
107) KUTIPAN BAYARAN PARKIR KENDERAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kutipan bayaran parkir kenderaan pada tahun 2015 mengikut PBT?
-
Berapakah jumlah kutipan saman parkir kenderaan pada tahun 2015 mengikut PBT?
107) PUSAT SENI DAN BUDAYA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Di manakah lokasi-lokasi yang akan dijadikan Pusat Seni dan Budaya?
-
Berapakah kos perbelanjaan yang diperlukan untuk Pusat Seni dan Budaya?
107) KEWUJUDAN TASKA DAN TASKI KAWASAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak TASKA dan TASKI wujud di Negeri Selangor khususnya di taman-taman perumahan dan di bandar-bandar baru. Adakah pihak kerajaan negeri mempunyai data bilangan TASKA dan TASKI yang berdaftar secara sah di Negeri ini?
-
Adakah kerajaan Negeri mengiktiraf TASKA dan TASKI yang beroperasi secara tidak sah?
-
Adakah kanak-kanak yang belajar di TASKA dan TASKI yang beroperasi secara tidak sah akan menerima sumbangan dari kerajaan Negeri?
107) SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Mulut
-
Perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas tidak memasuki kawasan perumahan dalam Adun Kajang. Sama ada Kerajaan Negeri akan membuat ketetapan supaya laluan perkhidmatan pengangkutan awam patut melingkungi kawasan perumahan yang padat penduduk terutama sekali kawasan perumahan kos sederhana dan sederhana rendah.
