107) BANTUAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri yakin bantuan untuk asnaf zakat dan JKM diterima oleh golongan yang berkelayakan?
-
Nyatakan kekerapan pemantauan dan kemaskini data penerima bantuan dilakukan dalam setiap tahun
-
Nyatakan statistik penerima bantuan JKM mengikut etnik dan jenis bagi tahun 2015.
107) LAPORAN TAHUNAN AUDIT NEGARA 2013
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan teguran Jabatan Audit Negara yang dibuat terhadap pentadbiran di setiap PBT pada tahun 2013?
-
Nyatakan tindakan diambil oleh PBT dalam teguran audit tersebut?
107) Larangan Pembabitan Warga Asing Membantu Perniagaan Kecil Di Premis Kerajaan
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah polisi larangan pembabitan warga asing membantu aktiviti perniagaan di premis Kerajaan ini dibuat oleh Kerajaan pusat?
-
Mengapakah ianya terpakai kepada pasangan kepada rakyat Malaysia yang memiliki taraf pemastautin tetap juga?
-
Adakah sebarang jalan keluar menangani masalah tersebut?
107) PERUNTUKAN BANTUAN SEKOLAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan bantuan Sekolah Kerajaan Negeri yang telah diagihkan mengikut pecahan SJK(T), SJK(C) dan Sekolah Agama?
107) PERANCANGAN UNTUK PENDUDUK PPR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Perumahan PPR adalah rumah transit , yang sepatutnya diduduki sehingga penyewa berkemampuan membeli rumah kos rendah dengan sendirinya . Berapa lamakah penyewa masih menduduki rumah PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan rumah Putra Damai , Lembah Subang
-
Apakah sebab utama mengapa penduduk masih menduduki rumah PPR dan tidak berpindah ke rumah mereka sendiri?
-
Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan rumah transit PPR ini tidak menjadi penempatan tetap penduduk?
108) PELAN TEKNOLOGI DIGITAL UNTUK PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pelan ekonomi digital bagi membantu usahawan dan industri kecil sederhana untuk memanfaatkan teknologi digital berikutan kesan Covid-19 kepada perusahaan dan perniagaan di Negeri Selangor?
108) PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri memastikan pelajar cemerlang UPSR dari SRAI JAIS dapat masuk ke asrama penuh?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri kepada pelajar cemerlang ini yang tidak dapat masuk ke asrama penuh?
108) KECEMERLANGAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program untuk meningkatkan pembangunan dan kecemerlangan kampung-kampung tradisi?
-
Adakah kampung-kampung di Selangor terlibat dengan pertandingan Desa Cemerlang Kebangsaan dan kampung manakah yang terlibat?
108) Pencemaran Sungai
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan tindakan yang telah/sedang diambil ke atas pesalah-pesalah yang disyaki mencemar Sungai Gong/Sungai Selangor pada bulan September 2020 dan Sungai Semenyih pada bulan Oktober 2020 sehingga menyebabkan henti tugas LRA masing-masing.
108) SIMPANAN TETAP MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah simpanan tetap (fixed deposit) Majlis Perbandaran Klang (MPK) sehingga sekarang?
