108) DASAR KHAS OKU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah telah diwujudkan dasar khas OKU Selangor?
-
Apakah langkah yang telah diambil bagi membolehkan OKU diserapkan ke pasaran guna tenaga Negeri Selangor?
-
Apakah inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pihak swasta membuka peluang pekerjaan kepada OKU?
108) PENDAPATAN PETANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha untuk menaikkan pendapatan petani-petani di Negeri Selangor seperti petani-petani di Sekincan, contohnya menjalankan usaha ternakan lembu atau kambing begitu juga bantuan ternakan itik yang satu ketika dulu amat popular di Negara kita?
108) COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Ketika Selangor mendepani COVID-19, dalam tempoh yang sama berapakah bilangan kematian bagi pesakit penyakit berjangkit berikut: (i) Denggi (ii) Leptospirosis (iii) HIV/AIDS (iv)Tuberkulosis. Adakah penyakit-penyakit berjangkit di atas boleh menjadi pembunuh seiring dengan COVID-19? Apakah persediaan Selangor?
108) TAPAK LETAK KERETA DI KAWASAN PERUMAHAN BERTINGKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta di kawasan pangsapuri?
108) RUMAH RAKYAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah projek-projek rumah terbengkalai yang dapat di tangani oleh kerajaan pakatan rakyat?
-
Apakah status terkini kependudukan dan baik pulih (bumbung) perumahan di taman perumahan bukit sentosa sehingga UMNO beria-ia benar mahu menjadi juara rakyat di situ?
108) SISTEM PENDAFTARAN PEMAJU (SPEM)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pemaju perumahan yang berdaftar di LPHS sejak Sistem Pendaftaran Pemaju (SPEM) diwujukan.
-
Adakah LPHS pernah menyenaraihitamkan dan mengedarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) nama-nama Ahli Lembaga Pengarah pemaju yang bermasalah? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
108) MEMBANTERAS HAIWAN PEROSAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Monyet, lotong dan khinzir antara haiwan perosak yang sering mengganggu tanaman pekebun. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengatasi masalah ini?
-
Adakah kerajaan ada menyediakan peruntukan untuk mengatasi masalah ini?
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah haiwan perosak yang telah sekian lama mendatangkan kerugian dari hasil tanaman mereka?
108) PUSAT SUKAN LASAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan lokasi kemudahan sukan lasak yang ada di Selangor?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempergiatkan sukan lasak di Selangor?
108) KEMISKINAN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik rakyat fakir dan miskin semasa mengikut kaum?
-
Apakah program dan strategi untuk membanteras masalah ini?
108) PROJEK PEMINDAHAN SETINGGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mengapakah masalah setinggan masih belum selesai hingga kini? Sedangkan banyak projek-projek perumahan untuk pemindahan setinggan giat dijalankan. Adakah jumlah rumah-rumah projek pemindahan ini masih belum mencukupi berbanding dengan setinggan-setinggan yang masih ada ?
-
Adakah rumah-rumah ini diberikan kepada mereka yang layak menerimanya?
