108) PENYELENGARAAN SAMPAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Di kebanyakan projek pembangunan PKNS, Alam Flora ditugaskan untuk menyelenggarakan sampah. Apakah prestasi Kutipan sampah?

    Klik jawapan »

  2. Pemotongan rumput?

    Klik jawapan »

  3. Pembersihan parit?

    Klik jawapan »

108) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis


  1. Apakah polisi Kerajaan terhadap rumah ibadat selain Islam yang dibina di tempat yang tidak dibenarkan?

    Klik jawapan »

108) KECEMERLANGAN DESA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis


  1. Apakah program-program untuk meningkatkan pembangunan dan kecemerlangan kampung-kampung tradisi?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kampung-kampung di Selangor terlibat dengan pertandingan Desa Cemerlang Kebangsaan dan kampung manakah yang terlibat?

    Klik jawapan »

108) PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) JAIS

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis


  1. Apakah jaminan Kerajaan Negeri memastikan pelajar cemerlang UPSR dari SRAI JAIS dapat masuk ke asrama penuh?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri kepada pelajar cemerlang ini yang tidak dapat masuk ke asrama penuh?

    Klik jawapan »

108) SIMPANAN TETAP MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah simpanan tetap (fixed deposit) Majlis Perbandaran Klang (MPK) sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

108) PROGRAM KAD PEDULI SIHAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah status dan syarat-syarat terkini bagi warga Selangor yang ingin mendaftarkan diri bawah program dengan kad peduli sihat?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kuota Kad Peduli Sihat bawah DUN Bandar Utama dan berapakah jumlah yang berdaftar di bawah DUN Bandar Utama setakat ini?

    Klik jawapan »

108) PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN ISU AIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Apakah pihak kerajaan negeri Selangor telah mempunyai pelan tindakan yang terperinci dan lengkap untuk selesaikan isu berkaitan perkhidmatan air?

    Klik jawapan »

  2. Boleh nyatakan pelan tersebut dengan terperinci?

108) URUSAN PASIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah syarikat atau syarikat-syarikat yang diberi peluang menguruskan penjualan pasir di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapa pendapatan/keuntungan kasar yang diperolehi negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Setakat ini adakah masalah kecurian pasir di Selangor dapat diatasi?

    Klik jawapan »

108) BANTUAN KEPADA PARA PELAJAR DALAM MENGUASAI MATA PELAJARAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Terdapat sejumlah pelajar yang sanggup meninggalkan sekolah kerana tidak mampu menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini termasuk pelajar dari bangsa Melayu, Cina, India dan anak orang asli yang tidak dapat meneruskan persekolahan kerana gagal menguasai mata pelajaran tersebut. Apakah perancangan pihak kerajaan bagi membantu para pelajar yang masih mengalami masalah dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris?

    Klik jawapan »

108) KEGIATAN MENGOREK PASIR DI KG KUALA AMPANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Terdapat aduan bahawa kegiatan melombong pasir di pertemuan Sungai Ampang dan Sungai Kelang di Kg Kuala Ampang, Hulu Kelang berjalan rancak selama kira-kira 8 bulan sebelum Pilihan raya Umum ke-12. Kegiatan itu dihentikan beberapa hari sebelum hari mengundi. Awal bulan Julai 2008, kegiatan mengorek dan mengangkut pasir ini dijalankan semula. Sila kemukakan anggaran keuntungan (jika ada) atau kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri daripada kegiatan perlombongan pasir tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Jika kegiatan perlombongan pasir tersebut merupakan satu kegiatan haram, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan terhadap pesalahnya

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam melibatkan penyertaan masyarakat dan orang ramai dalam memantau dan membuat aduan terhadap kegiatankegiatan perlombongan pasir haram selaras dengan dasar kerajaan memasyarakatkan ekonomi rakyat.

    Klik jawapan »