Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
161) DANA BENCANA ALAM – BANTUAN KEPADA MANGSA2 BENCANA ALAM SANGAT LAMBAT DENGAN BUREUKRASI YANG ADA SEKARANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membuat rancangan, kajian dan transformasi SOP yang membolehkan bantuan bencana cepat sampai kepada mangsamangsa?
-
Adakah rancangan untuk menubuhkan satu Dana Bencana Alam Negeri?
162) MANFAAT PROGRAM STEM SEL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian program STEM SEL pada tahun 2015?
-
Nyatakan secara terperinci kandungan program STEM SEL?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut?
163) LOJI RAWATAN AIR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini cadangan pembinaan dua loji rawatan air yang baru di Kuala Langat dan Semenyih.
-
Nyatakan jumlah tangki air yang terbengkalai dan perancangan untuk membaik pulihnya.
-
Nyatakan status terkini mengenai penggunaan semula tangki yang terbengkalai di Taman Bukit Belimbing.
164) EKONOMI PEKERJA LADANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk program kerajaan yang dapat meningkatkan taraf hidup dan ekonomi pekerja ladang?
-
Berapa ramaikah pekerja ladang yang telah dibantu oleh kerajaan dalam aspek peningkatan ekonomi isi rumah?
165) SKIM PEMILIKAN RUMAH KEDIAMAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan KNS untuk memutihkan tanah-tanah pertanian yang salah guna sebagai rumah kediaman?
-
Berapakah tindakan pemutihan yang telah di ambil di bawah Skim Pemilikan Rumah Kediaman?
-
Sila jelaskan usaha-usaha yang diambil?
166) CUKAI PINTU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pendapatan hasil kutipan cukai pintu pada tahun 2015 mengikut PBT?
-
Nyatakan jumlah tunggakan cukai pintu pada tahun 2015 mengikut PBT?
167) MANIFESTO PAKATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kerajaan negeri Selangor memenuhi manifesto pakatan pilihanraya ketiga belas?
168) KEBAHAGIAAN KELUARGA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerajaan membantu melahir keluarga harmoni yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia?
-
Selangor banyak tekanan hidup. Apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengimbangi stress dan mencari keperluan hidup keluarga?
-
Berapakah taska yang wujud dalam premis kerajaan di Selangor?
169) PELANCONGAN DI SHAH ALAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan MBSA untuk menjadikan pusat tarikan pelancongan dalam dan luar negara?
-
Berapakah peruntukan disediakan untuk aktiviti penarikan pelancongan ke Shah Alam?
-
Apakah rancangan MBSA untuk menambah destinasi pelancongan di MBSA?
170) PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK (VAPE)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap penggunaan vape di kalangan rakyat Selangor?
-
Nyatakan tindakan yang dikenakan ke atas premis yang menjual vape di Selangor?