Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

81) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR KILANG DI KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat pembinaan kilang-kilang di dalam kawasan kampung yang mana kemudahan jalan raya diguna bersama oleh kedua-dua belah pihak. Sedia maklum bahawa jalan-jalan yang sedia ada di kawasan perkampungan kecil dan tidak dapat menampung beban berat kenderaan yang mencecah sehingga 40m/tons dan ini menyebabkan jalan tersebut rosak. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan perkara tersebut

    Klik jawapan »

  2. Apakah ukuran paip air yang disalurkan kepada kilang-kilang di kawasan perkampungan mengikut spesifikasi industri sedangkan kilang-kilang tersebut di dalam kawasan kampung.

    Klik jawapan »

82) LESEN-LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan bilangan lesen bagi pusat-pusat ÒpubÓ, disko, dangdut, karaoke, rumah urut, empat nombor ekor, slot-machine dan snooker yang telah diluluskan menurut majlis daerah atau majlis perbandaran.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah hasil pendapatan daripada pusat-pusat seperti di atas menurut daerah atau majlis perbandaran

    Klik jawapan »

  3. Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap kelulusan lesen bagi pusat-pusat di atas sekiranya terbukti bahawa ianya lebih membawa unsur-unsur negatif terhadap proses dan program pembangunan insan rakyat Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

83) KAWASAN LAPANG DI JALAN 9/10, PANDAN PERDANA, DUN TERATAI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Siapakah penyewa atau pemilik tanah tersebut. Sila nyatakan pengarahpengarah dan latar belakang syarikat berkenaan secara terperinci.

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan semua butir-butir termasuk syarat-syarat yang terkandung di dalam kontrak dan tarikh tamat untuk sewa tapak tersebut

    Klik jawapan »

  3. Terdapat satu bahagian di kawasan berkenaan yang telah digazett sebagai tapak gerai, bilakah pihak berkuasa boleh membersihkan tapak tersebut dan membolehkan gerai-gerai di sebelah kawasan berkenaan berpindah ke dalam tapak berkenaan?

    Klik jawapan »

84) KAMPUNG ORANG ASLI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan kampung orang asli yang terdapat di seluruh Negeri Selangor? Sila senaraikan lokasi-lokasi serta bilangan penduduknya

    Klik jawapan »

  2. Selain daripada sumbangan kewangan yang diberi oleh kerajaan, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan taraf hidup mereka?

    Klik jawapan »

85) PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Sejak penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, berapakah kawasan berpasir telah mula beroperasi dan berapakah yang masih terbuka untuk kontraktorkontraktor? Sila huraikan mengikut daerah.

    Klik jawapan »

  2. Dua timbunan pasir di Rawang kerap menjadi sasaran orang ramai dan sehingga kini, tiada tindakan susulan daripada Kumpulan Semesta walaupun surat telah dihantarkan dan laporan polis telah dibuat. Apakah cadangan Kumpulan Semesta untuk meredakan perebutan pasir tersebut oleh orang ramai?

    Klik jawapan »

86) PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan berapa banyak aduan yang telah dilaporkan berkenaan dengan COB kepada setiap PBT dari bulan Oktober 2008 lalu hingga kini dan berapa daripada aduan tersebut telah diselesaikan.

    Klik jawapan »

  2. Adakah pegawai-pegawai baru akan dibekalkan untuk menolong dalam pengendalian isu-isu COB? Jika ya, sila nyatakan berapa banyak pegawai baru yang akan diambil dan kriteria-kriteria untuk perjawatan

    Klik jawapan »

  3. Apakah yang sedang dilakukan untuk menangani masalah ancaman tindakan undang-undang dan tuntutan-tuntutan mahkamah fitnah terhadap pegawaipegawai COB dan COB (Datuk Bandar) oleh pemaju-pemaju?

    Klik jawapan »

87) PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis


  1. Apakah jumlah pelancongan yang dianggarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2009. Apakah pecahan peratusan pelancong tersebut mengikut Negara

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi kerajaan negeri untuk menarik pelancong dari luar Negara memandangkan kita sedang dan akan menghadapi krisis ekonomi sedunia.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah budget Kerajaan Negeri untuk menarik penambahan pelancong bagi tahun 2009.

    Klik jawapan »

88) PENIAGA DAN PEMILIK HARTANAH KERUGIAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Difahamkan kebanyakan peniaga dan pemilik hartanah menghadapi kerugian dan berisiko tinggi dalam masa kelembapan ekonomi sedunia ini. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengurangkan caj cukai tanah, cukai taksiran tahunan dan memberi diskaun bagi lesen peniagaan?

    Klik jawapan »

89) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan dengan jelas bilakah kerja-kerja membina pemisah jalan dan menambah lampu jalan khususnya dari kilang Bernas menuju ke Balai Bomba Sekinchan akan dijalankan?

    Klik jawapan »

  2. Oleh kerana kenderaan yang menggunakan Jalan Persekutuan 5 kian hari kian bertambah, maka dengan itu adakah pihak Kerajaan bercadang menaik taraf lampu trafik di simpang empat pekan Sekinchan dengan sistem lampu trafik digital (Timer) yang lebih efektif?

    Klik jawapan »

90) MASALAH ÒJOINT MANAGEMENT BODYÓ (JMB)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan masalah biasa yang sering dialami oleh JMB seperti pemotongan air dan elektrik?

    Klik jawapan »

  2. Jika tiada langkah yang boleh diambil, nyatakan sebab-sebabnya.

    Klik jawapan »