Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
11) STARTUP
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang telah dan akan dilakukan kerajaan untuk mengembangkan lagi potensi syarikat-syarikat startup di Selangor?
12) ZERO TO HERO
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peserta dalam program '' zero to hero'' seperti pinjaman bermusim,program inkubator dan smart partnership.
-
Apakah kenerkesanan program ini kepada peserta dan sumbangan kepada hasil Kerajaan Negeri?
13) PROJEK PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi membina Kompleks Belia dan Sukan dan juga Stadium Hoki di kawasan Zon Selatan Selangor?
14) MASALAH PERTANIAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Memandangkan pendapatan pesawah dan pekebun kecil sawit tidak menentu disebabkan penyakit dan harga komuniti sawit mengikut pasaran antarabangsa. Apakah cadangan kerajaan bagi petani mendapatkan sumber pendapatan tambahan lain?
15) KADAR PERTUMBUHAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk menjana pertumbuhan negeri disaat kadar purata pertumbuhan negara-negara ASEAN mengalami kemerosotan daripada 5.0% pada tahun 2008 kepada 4.7% pada tahun ini?
16) KUTIPAN PARKIR DI KAMPUNG TRADISI, KG BARU CINA, KG NELAYAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Sebagai kerajaan yang prihatin kepada rakyat, adakah Kerajaan Negeri dapat menghadkan kutipan hasil parkir di Kg tradisi, Kg Baru dan Kg Nelayan?
17) BANTUAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Berapakah Dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) khususnya kuil Hindu?
-
Berapakah jumlah kuil Hindu yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?
18) NYAMUK WOLBACHIA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan penemuan pelepasan nyamuk wolbachia di Selangor dalam menangani wabak denggi.
19) KONTRAKTOR KDEB
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan kontrak pembersihan sampah yang telah dianugerahkan kepada KDEB mengikut PBT?
20) PEMBANGUNAN BELIA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan bagi mengurangkan kadar pengangguran dikalangan belia dalam Negeri Selangor?