Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971

Seksyen

5

Tajuk

Kesalahan
5 [1]

Sa-saorang yang menjaga mana² lembu-kerbau yang di-dapati berada dalam kawasan larangan ada-lah melaku-kan suatu kesalahan dan apabila thabit kesalahan itu boleh di-kenakan denda yang tidak lebeh daripada satu ribu ringgit atau di-penjara sa-lama tempoh yang tidak lebeh daripada dua belas bulan.

5 [2]

Sa-saorang yang memelihara, menyimpan atau membenarkan supaya di-pelihara atau di-simpan mana² lembu-kerbau atau mana² golongan, kelas atau jenis lembu-kerbau sa-bagai yang di-nyatakan dalam Warta di-dalam kawasan larangan tanpa suatu kebenaran bertulis dari Pegawai Haiwan Negeri, ada-lah melakukan suatu kesalahan dan apabila thabit kesalahan itu boleh di-kenakan denda yang tidak lebeh daripada satu ribu ringgit atau di-penjara sa-lama tempoh yang tidak lebeh daripada dua belas bulan atau kedua² hukoman denda dan penjara.

5 [3]

Sa-saorang yang memindah atau mengangkut mana² lembu-kerbau atau membenarkan supaya di-pindah atau di-angkut mana² lembu-kerbau atau mana² gulongan, kelas atau jenis lembu-kerbau yang di-nyatakan dalam Warta daripada, ka-dalam atau di-dalam sa-suatu kawasan larangan, tanpa kebenaran bertulis daripada Pehak-berkuasa Tertentu, ada-lah melakukan suatu kesalahan, melainkan jika lembu-kerbau itu dalam transit, dan apabila thabit kesalahan itu boleh di-kenakan denda yang tidak lebeh daripada lima ratus ringgit atau di-penjara sa-lama tempoh yang tidak lebeh daripada enam bulan atau kedua² hukoman denda dan penjara.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.