Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Di-dalam Enakmen ini, melainkan jika kandongan ayat-nya menghendaki ma’ana yang lain –

“Lembu-kerbau” erti-nya lembu, sapi, kerbau, kambing-biri², kambing dan babi walau apa jua umor, jantina atau jenis-nya;

“kandang lembu-kerbau” erti-nya sa-suatu bangunan atau sa-bahagian daripada bangunan yang di-gunakan atau yang di-chadang untok di-gunakan bagi memelihara atau menyimpan lembu-kerbau;

“kawasan pehak-berkuasa tempatan” erti-nya sa-suatu kawasan di-dalam Negeri yang telah di-ishtiharkan sa-bagai Lembaga Bandaran, Majlis Bandaran atau Majlis Tempatan di-bawah mana² undang² bertulis yang berkuatkuasa pada masa itu, dan termasok-lah sa-suatu kawasan yang telah di-ishtiharkan di-bawah sekshen 150 Enakmen Lembaga Bandaran;

“Pehak-berkuasa Tertentu” erti-nya Pegawai Haiwan Negeri, Pegawai Daerah, Pegawai Penjaga Daerah Polis, Pengerusi Lembaga Bandaran atau Majlis Bandaran, dan termasok-lah sa-saorang pegawai atau pekerja yang di-lantek dengan bertulis oleh mana² pegawai yang tersebut di-atas sa-bagai Pehak-berkuasa Tertentu bagi maksud Enakmen ini;

“kawasan larangan” erti-nya sa-suatu kawasan yang telah di-ishtiharkan di-bawah sekshen 3.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.