Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971

Seksyen

13

Tajuk

Perjalanan Penda’awaan
13

Sa-suatu penda’awaan berkenaan dengan mana² kesalahan terhadap Enakmen ini boleh di-jalankan oleh –

(a) Timbalan Penda’awa Raya;

(b) Sa-sorang pegawai Lembaga Bandaran atau Majlis Bandaran yang pangkat-nya tidak rendah daripada Merinyu Kesihatan;

(c) Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah;

(d) Sa-orang pegawai Jabatan Haiwan yang pangkat-nya tidak rendah daripada Pembantu Urusan Haiwan;

(e) Sa-orang pegawai polis yang pangkat-nya tidak rendah dari Inspektor.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.