Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999

Bahagian

V

Seksyen

20

Tajuk

Penolakan Sebelum Dan Selepas Pewasiat Mati.
20 [1]

Sesuatu wasiat tidaklah terbatal sekiranya penolakannya dibuat sebelum seseorang pewasiat mati.

20 [2]

Apabila seseorang benefisiari menolak wasiat keseluruhan atau sebahagiannya selepas mati seseorang pewasiat dan pada ketika itu benefisiari itu belum lagi menerimanya, bahagian yang ditolak itu hendaklah terbatal.

20 [3]

Apabila seseorang benefisiari telah menerima wasiat setelah kematian seseorang pewasiat, tetapi selepas itu dia menolaknya keseluruhan atau  sebahagian wasiat itu, penolakan itu hendaklah tidak sah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.