Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999

Bahagian

VI

Seksyen

23

Tajuk

Wasiat Kepada Pihak Tertentu.
23 [1]

Tertakluk kepada seksyen 22, jika sesµatu wasiat pihak tertentu. telah dibuat kepada sejumlah orang yang tertentu tanpa menyebut nama mereka dan sebahagian daripada mereka telah hilang kelayakan untuk menerima wasiat semasa pewasiat mati, semua harta itu hendaklah dibahagikan kepada benefisiari yang layak sahaja.

23 [2]

Jika ses-uatu wasiat ialah suatu wasiat setara berkongsi antara orang tertentu dan kumpulan atau organisasi atau antara satu kumpulan dan satu organisasi, atau antara mereka semua, setiap orang tertentu dan setiap individu dari kumpulan yang terhad itu dan etiap organisasi yang tidak terhad itu hendaklah berhak memperolehi bahagian masing-masing.

23 [3]

Jika sesuatu wasiat bagi orang, kumpulan orang atau pihak tertentu terbatal, harta yang diwasiatkan yang menjadi bahagian orang, kumpulan orang atau pihak tertentu itu hendaklah menjadi harta pusaka pewasiat.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.