Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999

Bahagian

VI

Seksyen

22

Tajuk

Wasiat Yang Berhubungan Dengan Benefisiari Yang Belum Wujud.
22 [1]

Sesuatu wasiat boleh dibuat kepada benefisiari yang belum wujud dan kepada sekumpulan benefisiari  tertentu yang sebahagiannya telah wujud dan yang sebahagian lagi belum wujud.

22 [2]

Jika tidak-terdapat benefisiari yang disebut dalam subseksyen (l)  ketika seseorang pewasiat mati, harta atau manfaatt yang diwasiatkan itu hendaklah dibahagikan kepada semua warisnya yang berhak menerima harta pusaka.

22 [3]

Jika terdapat seorang sahaja dari beberapa orang benefisiari semasa pewasiat mati atau selepasnya, harta tersebut hendaklah diberi kepada, benefisiari yang wujud pada masa itu sehingga muncul benefisiari yang lainnya, dan pada masa itu, harta tersebut hendaklah dibahag1kan antara mereka dan jika salah seorang dari mereka mati, bahagiannya hendaklah menjadi harta pusaka.

22 [4]

Jika terdapat seorang benefisiari sahaja, dia hendaklah memperolehi semua harta itu kecuali jika terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pewasiat sebenarnya bertujuan untuk mewasiatkari kepada beberapa orang benefisiari, dan dalam keadaan demikian, yang wujud itu hendaklah diberi bahagiannya sahaja dan bakinya adaklah diberikan kepada waris-waris pewasiat yang lain.

22 [5]

jika sesuatu  wasiat itu dibuat secata berturutan, dan apabila seseorang pewasiat mati, wasiat itu hendaklah diberikan kepada penerima peringkat pertama dan seiepasnya sehingga selesai semua harta itu dan wasiat tersebut akan menjadi harta pusaka semula apabila penerima kedua-dua peringkat itu  telah tidak wujud lagi kecuali telah diwasiatkan untuk diberi kepada benefisiari yang lain selepas kedua-dua peringkat benefisiari tersebut.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.