17) KEBAJIKAN PENIAGA DAN PENGANGGUR PASCA COVID 19
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh membantu meringankan beban rakyat Selangor terutama penganggur untuk mencari pekerjaan pasca covid19?.
-
Bagaimanakah pihak PBT boleh membantu peniaga/penjaja kecil yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan pasca covid19 bagi mendapatkan lesen perniagaan?
17) PROGRAM MENAIKTARAF KEMUDAHAN SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan di bawah program Menaiktaraf Kemudahan Sukan sepanjang tahun 2010 termasuk nilai bagi setiap projek tersebut.
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menambah peruntukan bagi program memperkasa belia di Negeri Selangor.?
17) INFRASTRUKTUR DAN KERJA MEMBAIKPULIH PRASARANA KEMUDAHAN KAMPUNG TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme Jabatan Pembangunan Unit Perancang Ekonomi berkenaan dengan infrastruktur dan kerja membaikpulih prasarana kemudahan kampung tradisi seperti dewan orang ramai, balairaya dan jalanraya kampung yang kebanyakkan dalam keadaan yang tidak memuaskan serta kerosakan yang teruk?
17) JALAN-JALAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kod nombor jalan dan jumlah kepanjangan jalan yang diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Selangor
-
Berapa banyak peruntukan telah diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menyelenggara jalan-jalan ini sejak tahun 2013 sehingga sekarang?
17) PENYAKIT KRONIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan 10 jenis penyakit kronik tertinggi yang berlaku di Negeri Selangor
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai bekalan perubatan asas untuk mengubati setiap jenis penyakit kronik?
-
Adakah pakar perubatan, kakitangan hospital dan kelengkapan hospital mencukupi merawat pesakit?
17) PENGESAHAN RASMI DARI AHLI DEWAN NEGERI BAGI PROJEK MENAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH INFRASTRUKTUR SUKAN DI KAWASAN DEWAN NEGERI SELANGOR BAGI TUJUAN SEMAK DAN IMBANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah tiada pengesahan rasmi dari Ahli Dewan Negeri kepada pihak Seksyen Sektoral Unit Perancangan dalam proses mengemukakan senarai cadangan kerja-kerja baikpulih infrastruktur sukan di kawasan Dewan Negeri?
17) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional penjualan aset ini berlaku? Adakah PKNS dilanda masalah pengurusan aset dan kewangan sehingga aset yang bernilai perlu dijual?
-
Adakah kerajaan negeri Selangor memerlukan 'wang segera' hingga aset PKNS itu perlu dijual untuk menghadapi tekanan PRU-13?
17) MESRA ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan negeri dalam melaksanakan pembangunan berkonsepkan Mesra Alam Sekitar? Apakah usaha-usaha yang dijalankan bagi memberi kesedaran dan pendidikan berkaitannya?
17) BANTUAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Berapakah Dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) khususnya kuil Hindu?
-
Berapakah jumlah kuil Hindu yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?
17) KEY PERFORMANCE INDICATORS (KPI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah KPI bagi:- i) Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ii) Ahli-ahli Dewan Negeri iii) Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan iv) Ketua-ketua Kampung v) Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
