18) ELAUN MB, AHLI MMKN SERTA EX-OFFICIO SEBAGAI LEMBAGA PENGARAH GLC SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan ahli-ahli di atas yang menjadi ahli lembaga syarikat dan bilangan GLC atau subsidiari di mana mereka mendapat bayaran elaun.
-
Berapakah jumlah pelbagai elaun yang diperolehi ahli-ahli dalam senarai tersebut dari Jun 2008 hingga Jun 2014?
-
Berapakah nilai jika diterjemahkan kepada Ringgit segala kemudahan melibatkan pengangkutan dan kediaman?
18) PINJAMAN/BIASISWA KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pinjaman SUK untuk pelajar IPT yang telah diluluskan dari 2008 hingga sekarang?. Berapa pelajar yang dapat manfaat?
-
Berapakah pinjaman yang telah ditukar kepada biasiswa sejak 2008?
18) MASALAH SAMPAH TERBIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah sistem pemantauan PBT bagi mengatasi masalah sampah yang jatuh di tepi dan di sekeliling tong sampah dibiarkan sahaja oleh pengguna dan kontraktor pembersihan yang terbabit menyebabkan keadaan sekitar kelihatan amat kotor?
18) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan serta langkah kerajaan bagi mengimbangkan jurang pembangunan di antara luar bandar dan bandar agar tidak jauh ketinggalan?
18) KAWASAN CERUN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah - langkah drastik Kerajaan Negeri melalui PBT untuk memastikan kesemua kawasan - kawasan cerun di Negeri Selangor sentiasa berada pada tahap selamat ?
18) PENYUSUNAN SEMULA SEMPADAN PBT DAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehudin Bin Amiruddin
Kategori: Mulut
-
Disebabkan persempadanan semula kawasan pilihanraya sebelum PRU14 yang lalu, maka terdapat kesukaran dalam urustadbir sempadan pentadbiran PBT dan Pejabat Tanah dan Galian. Adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk menyusun semula sempadan PBT dan Pejabat Tanah dan Galian di daerah yang terlibat?
18) BANTUAN AM KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan penerima bantuan kebajikan di setiap daerah
-
Berapakah nilai serta jumlah bayaran Bantuan Am oleh Kerajaan Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada penerima-penerima bantuan kebajikan sekarang?
18) USAHAWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan usahawan IKS mengikut daerah Negeri Selangor mengikut kategori bidang-bidang keusahawanan masing-masing.
18) AHLI LEMBAGA PENGARAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan ahli lembaga pengarah bagi setiap syarikat milik kerajaan/agensi/perbadanan di Negeri Selangor, termasuk anak-anak syarikatnya
-
Adakah ahli lembaga pengarah penjawat awam menyimpan elaun pengarah atau dipulangkan kepada Kerajaan?
-
Adakah ahli lembaga pengarah MMKN menyimpan elaun pengarah atau dipulangkan kepada Kerajaan?
18) SUMBER AIR LOMBONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada bercadang menggunakan air lombong sebagai sumber alternatif untuk mengatasi masalah bekalan air. Adakah sumber air ini benar-benar selamat kerana terdapat dakwaan NGO mengatakan ia tidak selamat?
-
Berapakah kos rawatan air lombong berbanding kos rawatan air sungai?
-
Berapakah keluasan dan anggaran jumlah air lombong yang ada di Selangor serta lokasinya?
