18) SUMBER AIR LOMBONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada bercadang menggunakan air lombong sebagai sumber alternatif untuk mengatasi masalah bekalan air. Adakah sumber air ini benar-benar selamat kerana terdapat dakwaan NGO mengatakan ia tidak selamat?
-
Berapakah kos rawatan air lombong berbanding kos rawatan air sungai?
-
Berapakah keluasan dan anggaran jumlah air lombong yang ada di Selangor serta lokasinya?
18) MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah panjang jalan baru yang didaftarkan di Sistem MARRIS online untuk tahun 2016 oleh setiap jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan
-
Sila bekalkan jumlah panjang mengikut usia jalan (1,3,5,8,10,12,15 tahun ke atas) mengikut Agensi Pelaksana/Pihak Berkuasa Tempatan
18) DEWAN ORANG RAMAI DI TAMAN IMPIAN EHSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Kawasan DUN Balakong kekurangan balai raya dan dewan orang ramai untuk kegunaan aktiviti penduduk taman seperti Taman Impian Ehsan, Taman Seri Timah, Taman Sutera dan lain-lain lagi. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang memperuntukkan bajet untuk mendirikan balai raya atau dewan orang ramai di taman-taman di kawasan DUN Balakong?
18) KAJIAN TERHADAP SOP PENGELUARAN GERAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bercadang mengkaji semula SOP sedia ada bertujuan mengenalpasti kelemahan proses permohonan tanah pelbagai kategori / pengeluaran geran tanah di semua Pejabat Tanah/Daerah?
-
Jika ya, bilakah akan dilaksanakan?
-
Atau, kerajaan berpuas hati dengan SOP sedia ada?
18) DEPOSIT KONTRAKTOR DAN SYARIKAT UTILITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak deposit yang telah dibayar oleh syarikat-syarikat utiliti serta kontraktor-kontraktor mereka yang telah diguna untuk memperbaiki turapanturapan mereka yang kurang memuaskan di setiap PBT sehingga kini?
18) LEBUHRAYA KIDEX
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri telah memuktamadkan keputusan membatalkan perlaksanaan projek ini?
-
Apakah tindakan alternatif yang diambil bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dikawasan yang terlibat sekiranya projek ini dibatalkan?
18) PEKERJA LADANG (ESTATE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Di bawah EXCO KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN DAN KERAJAAN PRIHATIN yang bertujuan membantu dengan membina jati diri Pekerja Ladang Rakyat (Estate) agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan material, intelektual dan spiritual. Bertanya kepada YAB DatoÕ Menteri Besar : a) Berapa banyakkah peruntukan yang telah di gunakan untuk program sedemikian. b) Sejauh manakah keberkesanan peruntukan tersebut bagi meningkatkan pendapatan perkapita mereka.
18) ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan telah melaksanakan kajian terperinci terhadap kesan kualiti alam sekitar di kawasan ternakan khinzir di Tanjung Sepat?
-
Apakah langkah-langkah pro aktif kerajaan bagi mengelakkan kemusnahan pokok-pokok bakau di sepanjang pantai?
18) This is my new question
Tahun:
Sesi:
Isu: Dewan
Adun: Joe Tester
Kategori:
18) PROGRAM IKATAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi melaksanakan program ikatan desa?
-
Sejauh manakah keberkesanan program ikatan desa yang dilaksanakan oleh MPKKK/ JKKK?
