18) JALAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diterima pada tahun 2009 dan jangkaan diterima 2010 dari Kerajaan Persekutuan untuk penyelenggaraan jalan luar bandar?
-
Memohon data jumlah projek dan peruntukan yang telah dilaksanakan mengikut Daerah di Negeri Selangor
18) BUTIRAN MAKLUMAT IBU TUNGGAL DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan butiran jumlah ibu tunggal di Selangor mengikut daerah, bangsa, umur, bilangan anak, sebab (penceraian/kematian suami) dan lain-lain.
18) KESIAPSAGAAN BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan langkah-langkah kesiapsagaan banjir yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri.
-
Sila nyatakan usaha untuk memastikan agar tiada penindihan derma oleh orang awam, dan tiada pembaziran/ lebihan derma seperti makanan dan baju, terutamanya.
18) Selangor Business Capital (SBC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan pelan pembangunan SBC?
-
Berapa banyak syarikat atau pelabur yang telah dikenalpasti untuk menjayakan SBC?
18) LATIHAN USAHAWAN IT (SITEC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peserta yang telah menyertai Program SITEC mengikut daerah di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah peserta yang telah berjaya menggandakan pendapatan mereka melalui program tersebut?
-
Apakah kaedah yang digunakan bagi mempromosikan SITEC kepada bakal peserta?
18) KONTRAK PEMBERSIHAN DI PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Pihak Berkuasa Tempatan PBT akan mengambil alih sepenuhnya kerja- kerja pembersihan dan kutipan sisa pepejal dari Alam Flora?
-
Senaraikan tarikh pengambilalihan kerja-kerja pembersihan bagi setiap PBT di Negeri Selangor (PBT) [jika ada.]
18) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tanah kerajaan Selangor yang telah di cerobohi?
-
Adakah kerajaan berniat untuk menubuhkan unit khas bagi memantau dan bertindak dengan lebih berkesan isu-isu pencerobohan tanah kerajaan di Selangor?
18) PRESTASI PROGRAM JOM SHOPPING SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah prestasi terkini program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas sejak program tersebut sejak dilancarkan sehingga kini?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan nilai baucar yang diterima oleh warga emas tersebut?
18) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab-sebab DEIG ditubuhkan dan peranannya dalam pentadbiran kerajaan negeri?
-
Sila senaraikan ahli-ahli lembaga pengarah DEIG
-
Apakah mekanisme DEIG dari segi ketelusan dan akauntabiliti?
18) PEMILIH BERDAFTAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pemilih berdaftar yang telah ditemui dalam Projek Pendemokrasian yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri mengikut kawasan Dewan Negeri?
-
Apakah langkah susulan untuk membersihkan daftar pemilih Negeri Selangor?
