Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

213) KONTRAKTOR ALAM FLORA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah tuduhan yang mengatakan hanya penyokong parti Pakatan Rakyat sahaja yang layak mendapat kontrak Alam Flora di PBT boleh berlaku? Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  2. Apakah proses pelantikan kontraktor Alam Flora?

214) PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Perusahaan kecil dan sederhana (KS) merupakan sektor ekonomi yang sangat mengalami desakan hangat dalam kegawatan ekonomi di Malaysia. Betapa teruknya keadaan di Malaysia. Apakah bantuan yang dibekalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meringankan beban mereka ?

    Klik jawapan »

215) MENGAMBIL ALIH SYARIKAT BEKALAN AIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah yang ditawar kepada syarikat-syarikat bekalan air di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam proses mengambil alih syarikat bekalan air dan cara-cara penyelesaian.

    Klik jawapan »

216) SKANDAL PORT KLANG FREE-ZONE (PKFZ)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Pelabuhan Kelang?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang menjadi Ahli Lembaga mewakili Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dapat menjaga kepentingan negeri dalam isu PKFZ

    Klik jawapan »

217) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah kos pengurusan sisa pepejal dan kontraktor untuk negeri Selangor mengikut PBT daripada tahun 2004-2009

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam pengurusan sisa pepejal serta pelantikan kontraktor pengurusan sisa pepejal dengan pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal?

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan ketelusan dalam pelantikan kontraktor serta meningkatkan keefisienan kontraktor dalam pembersihan sisa pepejal dan seterusnya menawarkan kualiti perkhidmatan yang baik kepada rakyat Selangor?

218) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha dan perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pengurusan sisa pepejal ekoran peningkatan kepadatan penduduk dan kepesatan pembangunan di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah terdapat pendekatan teknologi terkini yang canggih dan selamat serta ÓviableÓ yang berpotensi untuk diguna pakai di Selangor

  3. Apakah hasil lawatan dan tinjauan yang dibuat di luar negara dalam menangani isu pengurusan sisa pepejal.

219) MOTO KERAJAAN: TRADISI MEMBELA RAKYAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah nilai dan semangat perpaduan yang cuba disemaikan oleh pemerintah kerajaan atasan menerusi moto kerajaan Negeri Selangor : Tradisi Membela Rakyat kepada rakyat Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

220) PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah pelaburan di seluruh Negeri Selangor dan pecahannya bagi daerah Klang dan Petaling?

    Klik jawapan »

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan pelabur terus kekal di Selangor dan menggalakkan mereka menambahkan modal pelaburan dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah misi perdagangan keluar negara akan dibuat sehingga 2010 dan berapakah anggaran kos yang diperlukan?

    Klik jawapan »

221) GAZET SUNGAI / ANAK SUNGAI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Saya dimaklumkan semua sungai dan anak sungai dan rizabnya tidak di gazetkan di negeri Selangor, oleh kerana ini kuasa di beri kepada EXCO untuk membuat keputusan memberi hak milik atas sungai.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan ambil tindakan untuk tukar syarat dalam kod tanah supaya semua sungai di gazetkan ?

222) RUNDINGAN PENSTRUKTURAN SEMULA AIR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses rundingan penstrukturan air Negeri Selangor dengan syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah langkah dan pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor sekiranya rundingan tersebut gagal dan bagaimanakah kedudukan tarif air selepas ini ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat mengadakan suatu sesi Pendengaran Awam melalui Jawatankuasa SELCAT untuk menyiasat kandungan perjanjian konsesi air yang terbukti merugikan rakyat ?

    Klik jawapan »