24) WI-FI PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan kemudahan wi-fi percuma di Selangor?
-
Sila nyatakan rasional untuk jawapan (a) di atas dan langkah yang telah diambil untuk mengatasi sebarang kesulitan dalam perlaksanaannya.
-
Berapakah anggaran kos untuk melaksanakannya?
24) PELUANG PEKERJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan anak muda, wanita, terutamanya ibu tunggal?
-
Adakah Kerajaan Negeri memaparkan peluang pekerjaan berkenaan dalam laman web Kerajaan Negeri?
25) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan Pusat Dialisis Rakyat (PDR) yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri sejak 2008.
-
Nyatakan jumlah pesakit yang telah mendapat manfaat melalui PDR
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan PDR di DUN Kuala Kubu Bharu? Jika tidak, nyatakan sebab?
25) OPERASI PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kekerapan operasi membanteras pusat hiburan haram tersebut?
-
Adakah YB Ahli EXCO dan ADUN-ADUN kerajaan negeri telah dan sedia turun padang mengetuai operasi tersebut?
25) RUMAH TERBIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan rumah terbiar (struktur, bukan kebersihan) yang telah dan belum diambil tindakan oleh MBPJ dalam tahun 2013?
-
Berapakah bilangan aduan keseluruhannya di DUN Bukit Gasing, mengikut seksyen?
25) MENANGANI ISU PERKAUMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Sejak kebelakangan ini , terdapat banyak isu-isu yang mencetuskan sentimen perkauman di kalangan rakyat . Kita juga telah menyaksikan beberapa saat genting pada tahun 2009 apabila terdapat beberapa pihak yang ingin mengapi-apikan emosi dan perasaan benci di kalangan kaum. Apakah tindakan proaktif Kerajaan Negeri untuk menangani isuÐisu sedemikian ?
-
Apakah perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk memupuk pembinaan suatu negeri tanpa manipulasi isu perkauman?
25) Pengupayaan Surau
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Kebanyakkan surau di kawasan DUN Jeram tidak terurus dengan baik. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan bagi mengupayakan surau terutama bagi surau yang berada dikawasan taman dan apartmen lama?
25) SISTEM ADUAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah Sistem Aduan Awam Selangor kini digunapakai?
-
Apakah kelemahan dan kelebihan sistem aduan ini?
-
Adakah Kerajaan akan menambahbaik sistem tersebut, terutamanya dengan mengunakan aplikasi telefon bimbit, supaya memudahkan orang awam untuk melakukan aduan?
25) PEMBINAAN ÒWATER FRONTÓ DI TEBING SUNGAI SELANGOR DI SEBELAH PADANG AWAM, PEKAN KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Sedarkah Kerajaan Negeri di sebelah malam, Pekan Lama Kuala Selangor sunyi sepi?
-
Apakah tiada cadangan untuk menukar suasana berkenaan?
-
Adalah dicadangkan pembinaan ÒWater FrontÓ di kawsan tersebut untuk meningkatkan kehadiran pelancong luar dan tempatan serta dapat meningkatkan pendapatan ekonomi kepada peniaga-peniaga
25) PENGURUSAN PERBELANJAAN OLEH PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan penubuhan Task Force di peringkat PBT dalam memastikan pengurusan perbelanjaan yang lebih berhemah dan bertanggungjawab dapat ditingkatkan seperti yang dilaksanakan oleh MPAJ
