26) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi KUIS untuk memastikan ia kompetitif dari segi kualiti kursus, yuran dan kakitangan akademiknya?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk meningkatkan tahap KUIS menjadi universiti penuh di masa hadapan?
-
Apakah graduan lulusan KUIS kini cukup kompetitif untuk bersaing dalam pasaran kerja tempatan?
26) PEMBASMIAN TIKUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha untuk membasmi tikus dan keberkesanannya mengikut PBT masing-masing
-
Nyatakan kos yang dibelanjakan untuk membasmi tikus mengikut PBT masingmasing
-
Adakah Kerajaan menyediakan pelan komprehensif untuk mengatasi masalah tikus yang semakin membimbangkan
26) PROJEK PERUMAHAN DI ATAS TAPAK BEKAS TIMBUS TANAH (LANDFILL) DI KELANA JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah cara penyelesaian untuk menyelesaikan masalah projek perumahan di atas tapak bekas timbus tanah (landfill) di Kelana Jaya yang didakwa dibenarkan tanpa kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar Selangor?
-
Adakah kajian telah dijalankan ke atas keadaan tanah tersebut oleh mana-mana pihak (MBPJ/JAS) dan apakah isi kandungan kajian tersebut?
26) OPERASI KUARI GERAK HARAPAN DI BATU 11, JALAN CHERAS, HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah operasi kuari milik Gerak Harapan di Batu 11, Jalan Cheras, Hulu Langat akan tamat lebih awal daripada tempoh lanjutan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri iaitu sehingga Mac 2017? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Apakah langkah-langkah keselamatan akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap lombong kuari tersebut selepas tamat beroperasi memandangkan lombongnya amat dalam dan berdekatan kawasan perumahan?
26) Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor Pasca COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah impak sosioekonomi yang mula menunjukkan kejayaan ekoran perancangan pelan tersebut walaupun kita masih di dalam situasi menangani wabak yang panjang?
26) HUTAN SIMPAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan maklumat pemohonan menyahwarta hutan simpan sejak tahun 2008.
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk melindungi hutan simpan?
-
Apakah proses SOP untuk nyahwarta sebuah tanah hutan simpan?
26) TANAMAN FERTIGASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini berkenaan teknologi tanaman fertigasi?
-
Senaraikan petani yang dibantu oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tanaman fertigasi di Selangor?
26) PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD (PIYS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lembaga pengarah, pemegang saham dan pengurusan PIYS kini?
-
Apakah latar belakang kelayakan mereka tersebut?
26) PENYEDIAAN PARKIR DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha menyelesaikan kesesakan parkir di hospital dan klinik kesihatan yang dihadapi rakyat Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memberi kelulusan segera sekiranya ada permohonan untuk membina kawasan parkir di hospital dan klinik kesihatan?
26) BANTUAN PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Sebagai sebuah kerajaan negeri yang menawarkan pelbagai kebajikan kepada rakyat, bilakah pemberian bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, pemberian bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah dan pemberian hadiah RM1,OOO kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti akan dilaksanakan?
-
Di manakah tempatnya dan pihak manakah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi membolehkan rakyat Negeri Selangor dapat menuntut bantuan-bantuan berkenaan
-
Sila senaraikan sepenuhnya nurseri, pra sekolah dan universiti yang bakal mendapat bantuan dan hadiah berkenaan
