26) KUOTA JUALAN DAN HARGA DISKAUN RUMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Ada cadangan pemimpin Pakatan agar kuota 30 peratus jualan dan harga diskaun bagi Bumiputra dihapuskan. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap cadangan tersebut?
-
Apakah dasar jualan dan harga diskaun yang diguna pakai oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri?
-
Apakah kesan positif kepada rakyat jika cadangan tersebut dilaksanakan?
26) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperbanyakkan program Rumah Selangorku di DUN Meru bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri?
26) BOLASEPAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kemelut bola sepak Selangor, nyatakan status terkini.
26) BANTUAN PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Sebagai sebuah kerajaan negeri yang menawarkan pelbagai kebajikan kepada rakyat, bilakah pemberian bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, pemberian bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah dan pemberian hadiah RM1,OOO kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti akan dilaksanakan?
-
Di manakah tempatnya dan pihak manakah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi membolehkan rakyat Negeri Selangor dapat menuntut bantuan-bantuan berkenaan
-
Sila senaraikan sepenuhnya nurseri, pra sekolah dan universiti yang bakal mendapat bantuan dan hadiah berkenaan
26) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Mohon disegerakan surat pelantikan dan pembayaran elaun kepada penyelaras PWB di setiap DUN
26) KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah prosedur untuk menggazetkan sesebuah kawasan sebagai kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
-
Adakah kawasan Kg. Kerdas Gombak telah digazetkan sebagai kawasan di bawah pentadbiran MPS?
26) CARA UNTUK DILIHAT SUPAYA PBT MENJALANKAN SATU SISTEM YANG DINAMIK MENGATASI MASALAH GERAI-GERAI TANPA LESEN DENGAN CARA BERPERIKEMANUSIAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah cara untuk dilihat supaya PBT menjalankan satu sistem yang dinamik untuk mengatasi masalah gerai-gerai tanpa lesen dengan cara berperikemanusiaan?
26) ISYTIHAR HARTA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Sila perincikan dengan jelas maklumat berhubung pengisytiharan harta yang dilakukan oleh YAB Menteri Besar?
-
Sila nyatakan juga maklumat lengkap pengisytiharan harta barisan Exco Kerajaan Negeri?
26) REFORMASI SISTEM DATA TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah rakyat dapat manfaat dari projek tersebut?
-
Berapa kos yang telah digunakan untuk membina sistem tersebut?
26) PERTANIAN MODEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah konsep dan rancangan yang terkandung dalam sektor pertanian moden?
-
Apakah rancangan untuk memajukan atau membantu sektor pertanian konvensional melalui transformasi ke pertanian moden?
-
Berapakah jumlah peruntukan digunakan untuk pembangunan sektor pertanian moden bagi tahun 2008,2009?
