26) PRODUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Berapakah nilai dan sumbangan sektor IKS khasnya IKS makanan ringan kepada ekonomi negeri?
-
Adakah kerajaan negeri membantu dalam mempromosikan produk IKS seperti makanan ringan kerepek dan kuih-kuih tempatan?
26) BANJIR KILAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan yang akan diambil untuk mengatasi banjir kilat di kawasan pentadbiran MPKj, terutamanya di bandar Kajang dan kawasan 8g Chua?
-
Berapakah peruntukkan kerajaan negeri yang telah diberi untuk menyelesaikan banjir kilat di kawasan pentadbiran MPKj sejak tahun 2009 hingga sekarang?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan banjir kilat di Jalan 8g Chua, yang merupakan jalan utama di kawasan pentadbiran MPKj?
26) PERLANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS 2014
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah garis-garis panduan yang digunapakai dalam pemilihan dan pelantikan Ahli-Ahli Majlis yang berwibawa dan efektif?
-
Siapakah yang menentukan pelantikan Ahli-Ahli Majlis? Kenapa kuota Ahli Majlis di negeri Selangor belum di penuhi?
26) PEWARTAAN TANAH KAMPUNG ORANG ASLI DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif dalam melakukan pewartaan tanah bagi Kampung Orang Asli di Negeri Selangor?
26) HUTANG TALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
Mengikut laporan media, tanah BB2 telah dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dengan harga RM113 juta, bagaimana Kerajaan Negeri Selangor boleh beli dengan harga RM345 juta? Berapa jumlah Kerajaan Negeri telah membayar kepada Talam?
-
Apakah pelan Kerajaan Negeri ke atas Menara Pandan dan Ukay Perdana?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip semula kesemua hutang RM392juta?
26) H1N1
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik pesakit positif H1N1 dan gejala menyerupai H1N1 di Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan negeri untuk membendung gejala H1N1?
26) STATUS PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan ada menetapkan konsep Willing Buyer & Willing Seller bagi penstrukturan dan pengambilalihan syarikat operator air oleh kerajaan negeri. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menyelesaikan pengambilalihan syarikat operator air berdasarkan konsep tersebut?
-
Berapakah nilai tawaran kerajaan ngeri untuk pengambilalihan ini dan nilai sebenar dari syarikat operator air?
-
Apakah mekanisme dan dari manakah sumber kewangan negeri untuk pengambilalihan ini?
26) PRESTASI ANAK-ANAK SYARIKAT MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan keuntungan/kerugian tahunan semua anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) dan subsidiari-subsidiari mereka pada tahun 2016.
-
Adakah setiap syarikat di (a) membayar dividen kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2016? Senaraikan syarikat-syarikat yang bayar dan jumlahnya
26) PERNIAGAAN ATAS TALIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana respon pembeli dan peniaga yang menyertai PLATS pada bulan Ramadhan?
-
Apakah rancangan seterusnya untuk membantu peniaga dalam peryertaan dalam perniagaan atas talian?
26) PENYELENGGARAAN BAHAGIAN LUAR KUBAH MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (MASJID NEGERI SELANGOR)
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kekerapan proses mencuci bahagian luar kubah dijalankan?
-
Berapa peruntukkan disediakan untuk mencuci bahagian luar kubah tersebut setahun?
-
Berapakah kos keseluruhan penyelenggaraan Masjid Negeri setiap tahun?
