26) PINJAMAN BERJUMLAH RM413JUTA KEPADA KDEB OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pinjaman yang berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada jumlah RM413juta pinjaman yang diberikan kepada KDEB untuk beli KHSB?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor juga mengambil pendepkatan untuk meminjam kepada Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri dalam masa akan datang?

    Klik jawapan »

26) HARTA BAITULMAL

Tahun:

Sesi:

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan nilai, jenis dan pecahan harta Baitulmal mengikut daerah sehingga kini.

    Klik jawapan »

26) TABUNG BENCANA ALAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan pemohonan dengan tarikh yang belum diluluskan oleh Kerajaan sejak tahun 2018.

    Klik jawapan »

  2. Apakah dan berapa lama proses Kerajaan untuk meluluskan Tabung Bencana Alam kepada mangsa?

    Klik jawapan »

27) SUKAN UNTUK KANAK-KANAK

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai program sukan untuk para belia dan remaja. Bagaimana pula dengan sukan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengadakan program sukan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ?

    Klik jawapan »

27) KAD KISS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah pemohonan Kad Kiss yang layak menerima Kad Kiss tetapi ditolak atas sebab had kuota mengikuti DUN?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan untuk membantu golongan ini yang layak menerima bantuan?

    Klik jawapan »

27) KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Keadaan Kompleks Belia dan Kebudayaan ini semakin hari semakin tidak terurus, siapakah yang bertanggungjawab menguruskan Kompleks ini?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang memantau tentang penyelenggaraan Kompleks ini dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil kepada kontraktor yang dilantik menjaga kebersihan di kompleks ini?

    Klik jawapan »

27) KEPERLUAN PEKERJA YANG BERKEMAHIRAN TINGGI DAN PELABURAN INDUSTRI YANG BEGITU PESAT DI SELANGOR PADA MASA KINI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana kerajaan negeri Selangor membantu pelabur-pelabur yang ingin melabur di Selangor bagi mendapatkan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah Kerjaaan Negeri Selangor membantu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menampung keperluan industri?

27) PERUNTUKAN DUN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N5 Hulu Bernam tahun 2009.

    Klik jawapan »

27) TANAH UNTUK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah tanah yang telah diwartakan untuk kegunaan rumah ibadat bukan Islam dengan perbandingan tahun 2007 dan 2019 dengan mengikut DUN.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan tanah rumah ibadat bukan Islam yang masih kosong untuk permohonan.

    Klik jawapan »

27) PEMBERSIHAN SAMPAH OLEH ALAM FLORA SB

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan kenapa Syarikat Alam Flora yang selama ini berkeras tidak mahu melepaskan kerja-kerja pembersihan sampah tiba-tiba menarik diri secara tuntas pada 15 hari bulan Oktober?

  2. Sila nyatakan apakah terdapat perancangan sulit oleh pihak tertentu untuk mencalarkan imej Kerajaan Negeri dalam isu penarikan Syarikat Alam Flora?

  3. Sila nyatakan setakat manakah kemampuan Kerajaan Negeri melalui PBT dapat mengisi kekosongan yang ditinggal oleh syarikat tersebut?