27) BERNIAGA INTERNET
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk membantu golongan belia untuk berniaga di Internet?
-
Apakah manfaat yang boleh diperolehi Kerajaan kalau makin ramai aktiviti perniagaan dijalankan secara online di Selangor?
27) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kursus-kursus di UNISEL serta jumlah pelajar, pensyarah dan akreditasi (jika ada).
-
Sila bekalkan perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Kampus Bestari Jaya.
27) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua pegawai maklumat enakmen ini.
-
Butirkan statistik pemohonan mengikut tahun dan agensi/ jabatan.
-
Berapa permohonan yang telah dipertimbangkan oleh Lembaga Rayuan dan apa statistik keputusannya?
27) MENAIKTARAF PUSAT PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan projek menaiktaraf pusat pelancongan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019?
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf pusat pelancongan di Selangor pada tahun 2019?
27) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2010
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah keberkesanan Enakmen Kebebasan Maklumat 2010 Selangor dan adakah kes-kes yang telah merujuk kepada Enakmen tersebut diketengahkan oleh mana-mana individu atau institusi?
27) BANJIR SUNGAI LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana keberkesanan program tebatan banjir yang telah dilakukan untuk menangani masalah limpahan air yang sering berlaku di Sungai Langat?
-
Jelaskan usaha tebatan banjir di Sungai Sekamat, Sungai Sering (Kg Batu 10) dan Sg Jernih (Projek MRT).
27) PEMBANGUNAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pembangunan desa yang disalurkan mengikut daerah pada tahun 2016.
-
Senaraikan projek-projek pembangunan desa yang menelan peruntukan lebih daripada RM50,000 pada tahun 2015 dan 2016.
-
Adakah peruntukan pembangunan desa juga digunakan untuk menambah lampu jalan di kawasan kampung? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
27) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN JPS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jenis-jenis peruntukkan (e.g. kecemasan, kawasan) serta jumlah peruntukkan JPS Selangor pada tahun 2019.
-
Apakah JPS Selangor mempunyai rancangan penaiktarafan dan pengindahan kawasan tebing sungai seluruh Selangor pada jangka masa panjang? Sekiranya ada, apakah jangka masa tersebut?
27) EARLY INTERVENTION PROGRAMME
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam menyediakan EIP yang lebih luas yang dapat dinikmati oleh lebih ramai keluarga yang mempunyai anak-anak yang berkeperluan khas?
27) PENYELENGGARAAN JALAN, PARIT, LONGKANG DAN RUMPUT TEPI JALAN BAGI JALAN-JALAN JKR DAN JALAN-JALAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Mohon penjelasan YAB Dato Menteri Besar, sejauh manakah peranan kerajaan Selangor melaksanakan dan melakukan pemantauan terhadap aspek penyelenggaraan jalan, parit, longkang dan rumput tepi jalan bagi jalan-jalan JKR dan jalan-jalan luar bandar?
