27) KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Keadaan Kompleks Belia dan Kebudayaan ini semakin hari semakin tidak terurus, siapakah yang bertanggungjawab menguruskan Kompleks ini?
-
Siapakah yang memantau tentang penyelenggaraan Kompleks ini dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil kepada kontraktor yang dilantik menjaga kebersihan di kompleks ini?
27) SUKAN UNTUK KANAK-KANAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai program sukan untuk para belia dan remaja. Bagaimana pula dengan sukan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun ?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengadakan program sukan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ?
27) PENGURUSAN SAMPAH KAMPUNG TRADISI MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan perancangan pengurusan sampah bagi kampung tradisi Melayu?
27) PERUNTUKAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N5 Hulu Bernam tahun 2009.
27) PARIT-PARIT JPS DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah panjang km parit MARRIS? Senaraikan.
-
Bagaimanakah tindakan penguatkuasaan keatas binaan atas rezab dan halangan dalam parit?
-
Senaraikan lokasi halangan dan perancangan naiktaraf lokasi banjir
27) BADAN PENGURUSAN FLAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Terdapat flat kos rendah yang lama tetapi masih tidak dapat menubuhkan badan pengurusan bersama sekiranya menimbulkan pelbagai masalah infrastruktur, jadi adakah terdapat perancangan atau penyelesaian dari Kerajaan Negeri jika berlaku masalah?
27) SUMBER KEWANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri ada bercadang untuk menubuhkan satu institusi seumpama Baitulmal bagi menjana pendapatan bagi tujuan membiayai pembangunan negeri. Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa institusi Baitulmal hanya untuk orang Islam dan hasilnya tidak wajar diguna untuk pembangunan negeri?
-
Jika benar satu institusi baru akan ditubuhkan, apakah rupa bentuk institusi tersebut?
27) PEMBERSIHAN SAMPAH OLEH ALAM FLORA SB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kenapa Syarikat Alam Flora yang selama ini berkeras tidak mahu melepaskan kerja-kerja pembersihan sampah tiba-tiba menarik diri secara tuntas pada 15 hari bulan Oktober?
-
Sila nyatakan apakah terdapat perancangan sulit oleh pihak tertentu untuk mencalarkan imej Kerajaan Negeri dalam isu penarikan Syarikat Alam Flora?
-
Sila nyatakan setakat manakah kemampuan Kerajaan Negeri melalui PBT dapat mengisi kekosongan yang ditinggal oleh syarikat tersebut?
27) PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak projek perumahan terbangkalai di Negeri Selangor ini salah satu ialah Projek Pembesaran Kampung Koskan, Sungai Choh. Pembeli yang terlibat telah menghadapi pelbagai masalah sejak sembilan tahun lalu untuk mendiami rumah mereka kerana tidak disiapkan oleh pemaju. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap projek perumahan pembesaran Kampung Koskan ini dan Bolehkah dijelaskan apakah status dan kemajuan projek tersebut ?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu pembeli untuk mendapatkan hak sebagai pembeli dan pemilik rumah tersebut ?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan berusaha untuk mendapat pampasan untuk diberikan kepada pembeli-pembeli tersebut ?
27) Tindakan Proaktif Halang Kilang Haram
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Adakah negeri mempunyai penyelesaian proaktif dalam memastikan kilang-kilang ini dihentikan sebelum ianya memudaratkan pengguna?
-
Adakah negeri bercadang menggunakan kaedah lebih futuristik, seperti penggunaan dron untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan atau memastikan semua kilang memasang indikator pencemaran?
