29) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini rancangan projek tersebut?
-
Sila nyatakan syarikat swasta manakah yang telah dipilih oleh Kerajaan Negeri untuk menjalankan projek tersebut?
-
Sila nyatakan berapakah anggaran tempoh masa untuk menjayakan Projek Pembersihan Sungai Klang dan apakah manfaat yang akan dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor sekiranya projek tersebut berjaya dilaksanakan?
29) BANTUAN KEPADA RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima bantuan kebajikan kerajaan negeri dan berapakah jumlah kewangan yang diperuntukkan pada tahun 2009, 2010 dan 2011?
-
Apakah bentuk bantuan kepada keluarga nelayan dan berapa ramai yang menerimanya?
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah disalurkan oleh kerajaan negeri kepada pelajar miskin pada tahun 2010 dan 2011 ?
29) PEMBANGUNAN SENI BUDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pembangunan seni dan budaya setempat di setiap daerah?
-
Adakah Kerajaan mempunyai rancangan menubuhkan institusi atau akademi kesenian dan kebudayaan?
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam pemeliharaan seni dan budaya Orang Asli di Negeri Selangor?
29) GAJI MINIMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan agensi/jabatan/anak syarikat negeri Selangor yang telah melaksanakan kadar gaji minima RM1,500 setelah dasar ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
-
Senaraikan jumlah bilangan kakitangan yang telah dinaikkan kadar gajinya kepada gaji minima RM1,500 mengikut agensi/jabatan/anak syarikat negeri Selangor.
29) AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan penunjuk aras, indikator atau Key Results Area (KRA) yang telah ditetapkan kepada setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan apakah pencapaian setiap Exco
29) PENTERNAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Dengan kesedaran kesihatan masyarakat sekarang, keperluan untuk makan ayam kampung meningkat. Pengusaha penternak ayam kampung secara kecil-kecilan berminat untuk memperluaskan pengusahaan mereka untuk memenuhi peningkatan keperluan ayam kampung. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dapat membantu golongan pengusaha- pengusaha ini dalam industri ternakan ayam kampung?
29) PERBELANJAAN LAWATAN EXCO DAN MB KELUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tempat dan perbelanjaan Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor menjalankan lawatan keluar negara untuk tahun 2018 dan 2019.
-
Apakah tujuan utama untuk Kerajaan Negeri Selangor menjalankan lawatan keluar negara?
29) PEMBAKARAN TERBUKA DI TANAH PERSENDIRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menangani pembakaran terbuka oleh pekebun bagi tujuan pertanian?
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu pembakaran belukar diatas tanah yang tidak diketahui pemiliknya terutama di kawasan Revolusi Hijau Johan Setia?
29) PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mendapat maklumat terkini mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Projek Perumahan Taman Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri berusaha mencari pemaju penyelamat untuk membantu memulihkan projek terbengkalai Kg Melayu Rasa selepas PKNS tidak berdaya memulihkan projek yang sekian lama terbengkalai? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
29) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapa jumlah rumah mampu milik yang akan dibina dalam 5 tahun akan datang.
-
Sila nyatakan lokasi rumah mampu milik yang telah dirancangkan.
-
Sila nyatakan insentif-insentif yang diberi kepada pemaju untuk menggalakkan pembinaan rumah mampu milik di kawasan bandar.
