28) KESEDARAN ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah tahap kesedaran alam sekitar di kalangan rakyat?
-
Apakah strategi dan program untuk memupuk kesedaran alam sekitar ini?
28) BANTUAN MEMBAIKI RUMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Sebagai kerajaan yang prihatin, apakah Kerajaan Negeri mempunyai tabung atau peruntukan untuk membiayai pemohon-pemohon yang ingin membaiki rumah yang buruk atau kerana bencana alam?
-
Berapa banyakkah bantuan seumpama itu yang telah diberikan dan berapakah jumlah pemohon atau penerima sehingga kini?
28) GAJI GURU-GURU KAFA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila berikan butiran berapakah jumlah guru-guru KAFA yang dilantik oleh Kerajaan Negeri ?
-
Berapakah gaji dan elaun yang diterima oleh guru-guru KAFA mutakhir ini ?
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang dan mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menambah elaun guru-guru KAFA yang terbukti banyak berjasa kepada Kerajaan. Di samping itu, bagi meringankan bebanan kos sara hidup harian yang semakin tinggi ?
28) PROJEK PERTANIAN BERSEPADU RASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) telah mengambilalih pengurusan tanah yang seluas 895.713 ekar bagi Projek Pertanian Bersepadu Rasa? Jika belum, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Nyatakan hasil atau sewa tahunan yang diterima daripada peserta-peserta dan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. secara terperinci.
29) RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah skim-skim perumahan kos rendah / mampu milik yang masih dibuka untuk permohonan di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah bilangan permohonan rumah kos rendah / mampu milik yang masih sedang menunggu giliran sehingga tahun 2018?
29) GAJI MINIMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan agensi/jabatan/anak syarikat negeri Selangor yang telah melaksanakan kadar gaji minima RM1,500 setelah dasar ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
-
Senaraikan jumlah bilangan kakitangan yang telah dinaikkan kadar gajinya kepada gaji minima RM1,500 mengikut agensi/jabatan/anak syarikat negeri Selangor.
29) AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan penunjuk aras, indikator atau Key Results Area (KRA) yang telah ditetapkan kepada setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan apakah pencapaian setiap Exco
29) PENTERNAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Dengan kesedaran kesihatan masyarakat sekarang, keperluan untuk makan ayam kampung meningkat. Pengusaha penternak ayam kampung secara kecil-kecilan berminat untuk memperluaskan pengusahaan mereka untuk memenuhi peningkatan keperluan ayam kampung. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dapat membantu golongan pengusaha- pengusaha ini dalam industri ternakan ayam kampung?
29) PEMBANGUNAN SENI BUDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pembangunan seni dan budaya setempat di setiap daerah?
-
Adakah Kerajaan mempunyai rancangan menubuhkan institusi atau akademi kesenian dan kebudayaan?
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam pemeliharaan seni dan budaya Orang Asli di Negeri Selangor?
29) INSTITUT WANITA BERDAYA (IWD)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bagaimanakah RM9 juta yang diperuntukkan untuk memberdaya kaum wanita telah digunakan?
-
Senaraikan pencapaian-pencapaian konkrit daripada perbelanjaan di (a).
-
Senaraikan semua perbelanjaan yang lebih daripada RM100 ribu serta pembekal-pembekal (supplier) servis/barangan dan sama ada mereka dilantik secara tender terbuka.
