28) BIL TERTUNGGAK SYABAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Bertulis
-
Banyak Apartment yang menghadapi masalah bil tertunggak oleh pihak Syabas. Apakah usaha kerajaan dalam mengatasi masalah tersebut?
28) RIZAB BERSIH KEWANGAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah rizab bersih di setiap PBT sejak tahun 2008 sehingga tahun yang terkini.
-
Sila senaraikan perancangan MBPJ bagi membelanjakan 20 peratus daripada keseluruhan rezab tunai bersih untuk kemudahan asas dan awam seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri.
28) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan kebersihan Sg. Bernam Hulu Selangor terpelihara?
-
Apakah kriteria yang diambilkira oleh Kerajaan Negeri bagi pemohon lesen ternakan?
28) SKIM SMART SEWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan Skim Smart Sewa? Berapakah pemanfaat untuk skim ini?
-
Bagaimanakah RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2017 digunakan?
-
Senaraikan unit-unit Skim Smart Sewa dan lokasi-lokasi mereka.
28) INSTITUT WANITA BERDAYA (IWB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pengurusan IWB terkini?
-
Apakah aktiviti dan perancangan yang dilakukan sepanjang penubuhan IWB?
-
Apakah aktiviti dan perancangan yang dilakukan sepanjang penubuhan IWB?
28) MASALAH JENAYAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis-jenis dan punca-punca jenayah yang berlaku di Negeri Selangor khususnya di Kawasan Dewan Negeri Pelabuhan Klang?
-
Sila senaraikan dalam statistik secara terperinci bagi sepuluh tahun yang lepas. Apakah usaha dan inisiatif kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan badan-badan kerajaan yang lain dalam membanteras jenayah?
28) BANTUAN MEMBAIKI RUMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Sebagai kerajaan yang prihatin, apakah Kerajaan Negeri mempunyai tabung atau peruntukan untuk membiayai pemohon-pemohon yang ingin membaiki rumah yang buruk atau kerana bencana alam?
-
Berapa banyakkah bantuan seumpama itu yang telah diberikan dan berapakah jumlah pemohon atau penerima sehingga kini?
28) HALATUJU GENERASI MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Dalam menentukan halatuju generasi muda selain dari pelajaran dan bersukan, nyatakan apakah perancangan jangka panjang kerajaan ke arah masa depan mereka?
28) RASUAH PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas menangani masalah rasuah pasir. Bagaimanakah prestasi pasukan khas tersebut?
-
Nyatakan statistik aduan dan tangkapan berhubung masalah rasuah pasir mengikut daerah?
-
Apakah pendekatan yang akan diguna untuk membanteras kegiatan kecurian dengan berkesan?
28) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD. (KSSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010.
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010?
