29) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah Dasar Belia serta pelan tindakan pembangunan belia berkesan?
-
Berapakah tokoh belia di Selangor dalam bidang industri keusahawanan, sukan, pendidikan, sains dan teknologi dan kebudayaan?
29) JUMLAH PELABURAN DARI NEGARA CHINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak lawatan yang dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) ke negeri China. Berapa banyak lawatan kerajaan negeri ke negara China sepanjang 2009, 2010 dan 2011?
-
Berapa banyak pelaburan dari negeri China yang diterima oleh kerajaan negeri sepanjang 2011?
29) BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak rumah yang telah dibina dan dibaikpulih yang telah diluluskan pada tahun 2017-2018 di Daerah Kuala Selangor? Mohon disenaraikan.
29) WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah peserta yang telah mengikuti aktiviti Pusat Wanita Berdaya?
-
Apakah kayu ukur pencapaian kejayaan Pusat Wanita Berdaya?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun 2013 untuk menjayakan program-program Pusat Wanita Berdaya?
29) PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan atau program Kerajaan Negeri yang dapat membenturkan identitinya yang tersendiri
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan kampung-kampung contoh berhampiran bandar bagi melambangkan budaya majmuk
29) SUMBANGAN PNSB KEPADA PEKAWANIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Pendengaran awam yang dijalankan oleh SELCAT telah menunjukkan secara terbuka belanjawan-belanjawan luar biasa yang dikeluarkan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kepada BALKIS. Kini BALKIS telah digantikan oleh PEKAWANIS di Negeri Selangor. Apakah masih terdapat sumbangan atau perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PNSB kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini?
-
Apakah bentuk-bentuk sumbangan atau belanjawan yang dikeluarkan oleh PNSB kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini?
-
Berapa banyak dan untuk apakah sumbangan atau belanjawan yang dikeluarkan?
29) PASUKAN HOKI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan nama-nama pemain Selangor yang berjaya mewakili Skuad Malaysia dari tahun 2010 hingga 2019.
-
Bagaimanakah Kerajaan Selangor dapat membantu pemain meningkat taraf permainan?
-
Apakah sumbangan yang dapat dibagi kepada pemain yang teah berjasa di peringkat negeri mahupun kebangsaan?æ
29) YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah pihak Yayasan Selangor berhak untuk memasuki perjanjian Ð perjanjian usaha sama dengan perusahaan swasta dan apakah syarat-syarat yang biasanya memberikan kepada mereka kuasa untuk memaksa usaha sama sebegini ?
-
Adakah Yayasan Selangor komited kepada usaha sama secara paksa seperti dalam kes-kes di mana pembaharuan pajakan bagi stesen-stesen petrol memerlukan bahawa syarikat-syarikat minyak perlu memenuhi keperluan ini sebelum pajakan mereka diperbaharui dan apakah kewajaran di belakang perkahwinan paksa sebegini?
29) PROGRAM JOM KE SUPERMARKET
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan program ini dengan terperinci.
29) TAPAK INDUSTRI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai pelaburan baru 2010 hingga 2012 yang membina kilang di kawasan Industri yang sedia ada ?
-
Berapakah peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam industri perkilangan sejak 2010 ?
-
Apakah usaha kerajaan negeri menarik pelabur untuk melabur di negeri Selangor ?
