30) PENYELESAIAN TUNTAS SETINGGAN KPG SG SIREH KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan dalam menyelesaikan masalah rumah setinggan di Kg Sg Sireh, Klang (tanah KTM)? Sila nyatakan kronologinya.
-
Apakah pelan penyelesaian Kerajaan dalam isu rumah setinggan (lot persendirian) Kg Sg Sireh, Klang? Sila nyatakan kronologi hingga selesai.
30) AJARAN SESAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Huraikan apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyekat fahaman yang bertentangan dengan kehendak agama?
-
Jelaskan secara terperinci semua jenis fahaman sesat di negeri ini dan bidang kuasa jabatan agama
-
Apakah fungsi Jawatankuasa Masjid / Surau dalam membantu memantau aktiviti ini
30) CUKAI PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kenaikan cukai perniagaan di Selangor dari 2008-2014 mengikut bidang?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan cukai perniagaan di Selangor?
30) BOLASEPAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah perkara sebenar yang berlaku dalam pasukan bolasepak Selangor
-
Jelaskan bagaimana kerajaan mengatasi masalah ini supaya bolesepak Selangor terus cemerlang
-
Bagi tahun 2016 berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan
30) KEMPEN ÒHIJAUKAN BUMIÓ
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan negeri dalam usaha menyahut kempen ÒHijaukan BumiÓ yang bertujuan menjaga kualiti alam?
30) PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah status program usahawan India, mengikut jenis perniagaan yang ditawarkan serta DUN yang berjaya mengikuti program tersebut?
30) BANTUAN KERAJAAN NEGERI KEPADA SJKC/SJKT/SAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapa buah sekolah yang telah memohon dan mendapat kelulusan bantuan ini dari 2009 hingga 2010?
-
Adakah kerajaan mempunyai bantuan-bantuan lain selain daripada bantuan tersebut?
30) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur, pengurusan kanan dan lembaga pengarah PADAT?
-
Apakah nama projek / program serta kos yang dilaksanakan sepanjang penubuhannya sehingga kini?
-
Apakah kesan pelaksanaan program tersebut untuk rakyat?
30) MASALAH KUTIPAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri bercadang melaksanakan sendiri kerja pembersihan sampah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bilakah ia akan dilaksanakan. Jika perancangan ini dilaksanakan berapakah penjimatan kos yang boleh disalurkan ke sektor yang lain
-
RM 60 juta yang dibayar oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada Alam Flora adalah membazir kerana pembersihan tidak mencapai tahap yang dibanggakan. Bila dan huraikan secara terperinci cadangan pengambilalihan semula daripada Alam Flora
-
Apa akan jadi kepada kakitangan Alam Flora sekiranya cadangan dilaksanakan. Adakah kakitangan ini akan diserap ke MBSA dan sebagainya
30) MASALAH TERPUTUS BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah terputus bekalan air di kawasan Kampung Labohan Dagang, Plak Lempit, Bukit Changgang dan Kampung Sungai Manggis hingga memakan masa dalam tempoh 26 hari?
