Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
264) JALAN PERSEKUTUAN 5
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan
-
Apakah punca sebenar permohonan tersebut tidak diendahkan?
-
Sila kemukakan kaedah yang berkesan bagi mengurangkan berlakunya kemalangan di sepanjang jalan tersebut.
265) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAJAH, RAWANG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab projek ini dihentikan dan adakah projek ini akan diteruskan?
-
Siapakah kontraktor baru yang dilantik untuk meneruskan projek tersebut dan bilakah kerja pembesaran akan diteruskan?
-
Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan untuk projek ini secara keseluruhan dan tambahan kos untuk pelantikan kontraktor baru?
266) KANAK-KANAK YANG TERCICIR DALAM PENDIDIKAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk kerjasama yang dapat diadakan setakat ini dengan Kementerian Pendidikan dalam memastikan pendidikan untuk rakyat tidak di politikkan?
267) SYARIKAT PENYELENGGARAAN BANGUNAN SWASTA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Banyak pihak MC atau ÔMaintenance CompanyÕ yang gagal melaksanakan tanggungjawab dan menyalahkan pemilik rumah kerana tidak menjelaskan bayaran bulanan hingga mengganggu kelancaran pembersihan oleh mereka. Nyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah ini memandangkan aduan sedemikian semakin meningkat?
-
Apakan Kerajaan Negeri bercadang untuk menguatkuasakan undang-undang menyenaraihitamkan syarikat ini termasuk Ahli Lembaga Pengarah Syarikat terlibat dan bilakah cadangan ini akan dimulakan?
-
Apakah tindakan yang boleh diambil kepada pemilik kediaman di bawah seliaan MC yang menyewakan premis mereka kepada pendatang asing memandangkan sebahagian masalah ini disumbangkan oleh penyewa asing yang langsung tidak menitikberatkan soal kebersihan premis diduduki mereka
268) TANAH PERTANIAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri bercadang memberi tanah pertanian satu hektar seorang kaum miskin untuk 200 keluarga miskin di kawasan Bukit Melawati ?
269) KEDAI MILIK PENIAGA TEMPATAN YANG DISEWAKAN PADA PENDATANG ASING
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan sedar hampir seluruh kawasan di Selangor mengalami keadaan serupa dan perincikan pecahan kes yang dikesan mengikut pentadbiran PBT bagi seluruh negeri
-
Apakah langkah drastik yang telah, sedang dan akan diambil bagi mengurangi gejala ini memandangkan semakin ramai peniaga tempatan berminat ÔberniagaÕ cara mudah begini
-
Apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil pada pemilik premis yang jelas menyewakan lesen perniagaan mereka pada orang asing dan berapakah kes yang telah diambil tindakan undang-undang sepanjang 2009?
270) TEKNOLOGI MAKLUMAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan untuk memperluaskan lagi capaian teknologi maklumat kepada semua kawasan di negeri Selangor terutama di kawasan desa
-
Senaraikan Pusat Info Desa (ICT) yang terdapat dalam Negeri Selangor mengikut daerah.
-
Apakah polisi Kerajaan Negeri ke atas bangunan - bangunan Pusat Info Desa (ICT) yang banyak didirikan oleh Kerajaan Persekutuan di atas tanah - tanah Kerajaan Negeri Selangor dan siapakah yang bertanggungjawab ke atas bangunan-bangunan tersebut?